Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin kan penjelasan maksud dan juga penngunaan dalam ayat bagi perkataan-perkataan berikut:- i) merudum ii) merundum iii)merundung

1. ejaan yang betul ialah merudum yang bermaksud berlari beramai-ramai atau jatuh atau merosot dgn teruknya contoh ayat: nilai ringgit merudum kerana diserang oleh pedagang mata wang

2. merundung bermaksud  mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia merundung suaminya dengan meminta dibelikan itu dan ini.

Tatabahasa02.10.2011
Saya ingin kan kepastian berhubung dengan penggunaan ejaan baru atau baharu kerana sekarang ini terdapat banyak iklan mengunakan ejaan 'baharu'. Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada saya sebagai penguna bahasa melayu yang dahulunya di eja sebagai baru.

Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

Tatabahasa24.12.2010
saya ingin mengetahui penggunaan me-... kan, me...i, memper, memper... kan,Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contoh ayat: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Untuk makluman lanjut berkaitan apitan (me-...kan, me...i, memper...kan) dan awalan (memper...) sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190 - 197 untuk mengetahui setiap peraturan yang tersebut.Tatabahasa05.08.2010
bagaimana saya ingin membezakan penggunaan imbuhan diper- dan diper-kan contoh; jalan itu diperbesar atau jalan itu diperbesarkan, memper- dan memper-kan contoh ayat pihak tentera telah memperkuatkan kubu pertahanan atau memperkuat kubu pertahanan, pe-an dan per-an contoh ayat, pelantikan dan perlantikan, ada yang mengatakan per-untuk menunjukkan proses perkara itu dilakukan. 2. bagaimana untuk membezakan perkataan yang menggunakan imbuhan per- an dan pe-an. jika pihak tuan boleh menunjukkan proses /formula untuk membezakan penggunaan per-an dan pe-an, ramai yang keliru termasuk saya.1. Awalan diper- dan apitan diper-...-kan ialah bentuk pasif bagi kata kerja memper- dan memper-...-kan.  Awalan mempeR- pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan peR-. Namun demikian, dalam ayat aktif peR- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi dipeR-dalam ayat pasif. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 177 - 183. 
Apitan memper-...-kan Hanya golongan kata nama dan kata kerja yang boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan. Kata adjektif tidak boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan. Apitan memper-...-kan akan menghasilkan kata kerja pasif diper-...-kan. Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208 - 211.

2. Apitan pe-...-an dan peR-...-an membentuk kata nama. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan khusus, seperti petempatan dan pesisiran. Apitan peR-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat, seperti perkampungan dan perhentian. Apitan peR-...-an membentuk kata nama yang membawa abstrak, Hasil gabungan apitan ini dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya  seperti perakuan dan persengketaan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewa, halaman 126 - 129.
Tatabahasa30.03.2014
Salam tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan -kan di dalam ayat dibawah. Manakan antara ayat berikut yang menggunakan -kan dengan betul? 1) Lukis dan labelkan 2) Lukiskan dan labelkan 3) Lukis dan labelSalam sejahtera, 

 Puan,

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.
Jadi, frasa yang betul ialah (2) Lukiskan dan labelkan

Sila rujuk Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.02.2019
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan akhiran -i dan -kan yang betul .Saya memahami bahawa akhiran -kan digunakan dalam contoh ayat yang objekj perbuatan itu berpindah tempat . Akhiran -i membawa erti objek perbuatan itu tidak bergerak ke mana-mana. sehubungan itu, dalam ayat berikut. Apakah penggunaan imbuhan yang betul: 1.Sila garisi perkataan yang susah difahami. 2.Sila gariskan perkataan yang susah difahami. Terima kasih.

1. Akhiran kata kerja -i dan -kan diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183.
Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja tanpa yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Persamaan antara kedua-dua akhiran ini ialah kedua-duanya membawa maksud kuasatif. Perbezaannya pula ialah akhiran -kan mengandungi unsur benafaktif, manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.

2. Ayat yang betul ialah sila gariskan perkataan yang susah difahami.

Tatabahasa05.08.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin bertanyakan soalan iaitu: 1. Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan 2. Apakah perbezaan kata adverba dan kata penekan ?1. Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-imenandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-imenerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.

(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata adverba tersenarai sebahagian daripada katatugas kerana fungsinya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang atau penentu. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, katanama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Tatabahasa21.07.2018
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang apakah perbezaan dalam penggunaan imbuhan mem..kan dengan mem..i ? Dan buku manakah yang sesuai dalam kajian tatabahasa Bahasa Malaysia?

Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga:

i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i mendakan lokatif. Contohnya: Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada Osman, Ayah menghadiahi Osman sebuah basikal.

ii. Bagi kata kerja tertentu, lazimnya apitan meN-...-kan menerima objek yang tidak bernyawa, manakala meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contohnya: Ali memberi kucing makan, Ali memberikan makanan kepada kucing.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Mereka cuba melupai/melupakan peristiwa itu.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207-208.

Tatabahasa24.06.2011
saya ingin sah kan bahasa untuk iklan banner perniagaan saya

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Lain-lain24.07.2018
Tuan, saya ingin semak pecahan suka kata untuk perkataan mengizinkan. 1 me- ngi- zin- kan- 2 meng- i- zin- kan- terima kasih.Pemisahan suku kata yang betul ialah meng-i-zin-kan.Ejaan26.05.2012
123456789

Kembali ke atas