Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan gramatis dalam ayat ini? inginkan atau ingin akan. TK | Penggunaan perkataan inginkan dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
inginkan kepastian berkenaan kata kerja dan kata adjektif. contohnya kata 'sayang' tergolong dalam kata adjektif, namun kata 'menyayangi' pula tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja? sebabnya apa yang saya faham menyayangi seperti perbuatan untuk sayang akan sesuatu. contoh lain kata dukacita ialah kata adjektif tetapi apabila berdukacita pula menjadi kata kerja. oleh itu saya sedikit keliru, mohon pencerahan daripada pihak tuan, terima kasih. | Untuk makluman puan, apabila kata adjektif menerima imbuhan, fungsi kata tersebut akan berubah mengikut konteks makna. Untuk keterangan lanjut tentang kata kerja sila rujuk Buku tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 15.08.2017 |
Inginkan kepastian bagi pangkal perkataan "bin" dan "binti" pada nama orang, sama ada huruf besar (B) atau huruf kecil (b) . Terima kasih | Ejaan yang betul ialah bin, Ali bin Ahmad. | Ejaan | 03.06.2015 |
Inginkan kepastian yang mana lebih tepat. Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak. A di B pada | Ayat "Layang-layang Azmin yang tersangkut. ............dahan pokok itu telah terkoyak." Jawapan yang sesuai untuk soalan ini ialah "pada". | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Inginkan kepastian untuk ejaan "kacamata" (persepktif). "kaca" dan "mata" perlu didekatkan atau dijarakkan? T Kasih | Perkataan kaca mata dieja sebagai dua perkataan. | Ejaan | 04.12.2009 |
Saya inginkan kepastian. Di antara "kau tulis" dengan "kautulis", yang manakah yang betul? "Kau" adalah kependekan bagi perkataan "engkau", sama juga "ku" kependekan bagi perkataan "aku". Mohon pencerahan. Terima kasih... | Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya: kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku danlain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. | Tatabahasa | 18.12.2017 |
Saya inginkan kepastian mengenai ejaan atur cara atau aturcara bagi istilah teknologi maklumat dan komunikasi. Saya dapati dalam carian kata bagi istilah MABBIM menggunakan ejaan aturcara bagi istilah teknologi maklumat. MIDI program-change message = mesej tukar aturcara MIDI Contoh ayat: Berikut adalah segmen pseudokod bagi satu aturcara (programme). | Ejaan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 06.12.2017 |
Saya inginkan terjemahan perkataan berikut ke bahasa Melayau 1) Pseudorandom Number Generators 2) Pseudorandom Number Function 3) True Random Number Generators terima ksaih | Dalam data carian kami, padanan bahasa Melayu bagi Pseudorandom Number ialah nombor pseudorawak dan angka pseudorambang yang digunakan dalam bidang ekonomi, matematik dan komputer. Berdasarkan terjemahan tersebut, cadangan kami bagi perkataan yang dinyatakan adalah seperti yang berikut: 1)Pseudorandom Number Generators =Penjana Nombor Pseudorawak 2) Pseudorandom Number Function = Fungsi Nombor Pseudorawak 3) True Random Number Generators = Penjana Nombor Rawak Sebenar (jika bersesuian) | Penyemakan dan penterjemahan | 27.11.2017 |
Saya inginkan kepastian peribahasa mana yang betul? Tanam tebu di bibir atau tanam tebu di tepi bibir? | Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah Bertanam tebu di bibir. Takrifannya, mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya). | Sastera | 31.10.2015 |
Saya inginkan pencerahan dan pengesahaan bagi kata "budaya". Adakah boleh menambah imbuhan "di" menjadi "dibudaya". Kerana saya ingin membuat ayat untuk slogan ini: "Kreativiti Dijana, Inovasi Dibudaya". Mohon pencerahan adakah tepat untuk meletakkan perkataan "dibudaya" tersebut. Sekian, terima kasih. | Perkataan "dibudaya" tidak tepat, sebaliknya "dibudayakan". Berkenaan slogan Saudara, cadangan kami ditambah baik menjadi "Menjanakan Kreativiti, Membudayakan Inovasi". | Penyemakan dan penterjemahan | 22.09.2015 |