Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah ayat ini? 1) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 2) Azizul Hasni Awang berjuang berhabis-habisan untuk memartabatkan sukan negara. 3) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 4) Erry menolong ibunya mengangkat barang di dalam kereta.
  1. Ayat yang diberikan adalah betul
  2. Ayat yang diberikan adalah betul
  3. Ayat yang betul ialah Tentera Rom telah menguasai salah satu daripada daerah di Parsi setelah menumpaskan Raja Hercules.
  4. Ayat yang betul ialah Erry menolong ibunya mengangkat barang daripada kereta.

Tatabahasa07.07.2022
Apakah beza dua frasa ini? 1. Adat resam 2. tradisi

“Adat resam” bermaksud adat (aturan) yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (daerah dll), merangkumi kebiasaan atau kelaziman manusia daripada segi perbuatan, berpakaian, makan, menghias diri dan sebagainya.

Manakala “tradisi” ialah  sesuatu kebiasaan merangkumi aspek  (adat, kepercayaan, cara hidup, dll) yang  telah diamalkan sejak lama dan diwarisi secara turun-temurun daripada generasi kepada  generasi seterusnya dan  menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb).

Makna07.05.2020
Bolehkah istilah berikut diterjemah seperti ini? 1)student cohesiveness --> keakraban pelajar 2) Open- endedness--> keterbukaanTerjemahan yang dicadangkan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan02.11.2019
Tuan/Puan, Bolehkah istilah berikut diterjemah seperti ini? 1)student engagement in school --> penglibatan pelajar di sekolah Terima kasihTerjemahan "penglibatan pelajar di sekolah" boleh diterima.Penyemakan dan penterjemahan09.12.2019
Apakah saranan pihak DBP untuk penggunaan betul ayat di bawah ini? 1) "Sila isikan borang di bawah." 2) "Sila isi borang di bawah." apakah perbezaan antaranya?

Perkataan “isikan” bermaksud “arahan supaya mengisi sesuatu”, manakala “isi” ialah “sesuatu yang termuat dalam sesuatu benda atau kandungan”. Oleh itu, jawapan yang lebih tepat ialah "Sila isi borang di bawah."

Tatabahasa12.10.2023
Apakah padanan bahasa inggeris yang sesuai bagi menerjemah ayat/istilah ini: 1. Hantaran Kahwin 2. Mas Kahwin 3. Belanja Kahwin 5. Berbalas Hantaran 6. Wang Hantaran 7. Akad Nikah 8. Nafkah 9. Nafkah Zahir dan Batin 10.Duduk bersimpuh 11. Pernikahan Kali ke? 12. Isteri ke? tema istilah, perkahwinan dan pernikah sekian terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu untuk istilah-istilah dan simbol-simbol ini? 1. Parentheses: ( ). 2. Brackets: [ ]. 3. Braces: { }. 4. Chevrons: < >. Terima kasih.
  1. Tanda Kurung ( )
  2. Tanda Kurung Siku [ ]
  3. Tanda Kurung Dakap { }
  4. Kami mencadangkan chevrons ialah simbol siku keluang. Dalam bidang matematik, simbol > bermaksud lebih daripada manakala simbol < bermaksud kurang daripada. Penggunaan simbol bergantung pada konteks dan bidang yang digunakan.
Istilah03.08.2021
Apakah penganti perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk digunakan bagi dua perkataan ini: 1) Egg Sheet 2) Shredded EggMohon pihak puan mengemukakan konsep perkataan bahasa Inggeris tersebut untuk kami berikan padanan bahasa Melayu yang lebih tepat. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.



Makna13.06.2024
Mohon untuk semak ayat ini. 1. Sila peka terhadap tarikh perbincangan yang akan ditetapkan dalam masa terdekat. Adakah penggunaan perkataan peka ini sesuai? 2. Syarikat ini beroperasi di paras satu. Perkataan paras atau aras yang paling sesuai? Sekian, terima kasih.

1. Penggunaan perkataan peka dalam ayat tersebut betul.

2. Kedua-dua perkataan betul. Walau bagaimanapun, perkataan yang lazim digunakan ialah aras.

Tatabahasa21.09.2021
Salam. Boleh berikan cadangan terjemahan bagi istilah-istilah ini? 1. slice of life 2. coming-of-age 3. attention seeker Istilah (1) dan (2) selalunya digunakan untuk menerangkan genre sesebuah filem/rancangan televisyen. Harap pihak tuan/puan boleh berikan cadangan terjemahan yang sesuai. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan yang berikut:

1. slice of life
- sebahagian daripada kehidupan

2. coming of agematang

3. attention seeker
– pencari perhatian

Lain-lain24.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas