Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inklusiviti

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "kebolehaksesan" digunakan bagi istilah "accessibility" dan "inklusiviti" bagi "inclusivity"? Jika tidak, harap pihak DBP dapat beri cadangan. Terima kasih. Contoh penggunaan: Prioritising rural basic infrastructure to enhance accessibility and inclusivity.Tuan/puan,

Untuk makluman, terjemahan yang tepat bagi accessibility ialah ketersampaian dan ketercapaian. Selain itu, dalam Kamus Dewan tidak terdapat perkataan inklusiviti. Perkataan yang wujud ialah inklusif yang membawa maksud merangkum, termasuk dan menyeluruh. Jika berdasarkan konteks ayat yang diberi, perkataan yang tepat ialah menyeluruh.
Penyemakan dan penterjemahan13.11.2017
Mohon penjelasan perkataan "inklusiviti"Tiada maklumat berkaitan kata inklusitiviti dalam rujukan DBP. Mohon tuan dapat memberikan konteks penggunaan dalam ayat bagi mendapatkan makna kata  inklusitiviti.Istilah07.09.2017
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menilai penggunaan kata-kata di dalam seloka seperti dibawah : Handal bersembang, Ingar gemerencang, Selalu tunjuk belang, Walau banyak gebang, Ada gundik merangkap dayang, Deras ambil peluang, Inklusiviti penilaian akhirnya sumbang. Zaman multitugas, Ada yang berlaun. Ingkar metode asas, Tegas tambah elaun, Untung kaki kipas, Nanti semak akaun. (Nota : Seloka penceritaan tentang sikap seseorang yang suka bercakap besar, membuat penilaian berdasarkan sikap pilih kasih sehingga tidak mengambilkira peraturan yang sedang berkuat kuasa)Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan untuk meng-e-melkan soalan ini kepada YBrs. Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui alamat e-mel syaidul@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Sastera01.08.2023

Kembali ke atas