saya ingin maksud: 1.Kreatif 2.Inovasi | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 04.11.2008 |
Selamat pagi, boleh tanya apakah perbezaan antara kreativiti dan inovasi. Terima kasih. | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 15.12.2016 |
APAKAH MAKNA INOVASI? | Berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, inovasi bermaksud 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi. | Makna | 06.08.2010 |
apakah yang di maksudkan dengan inovasi? | Dalam Kamus Dewan, Inovasi bermaksud 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru. 2. perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan sesuatu yang baru. | Makna | 30.05.2009 |
Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi serta 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat. | Saudara, Tiada soalan dikemukakan. Sila jelaskan kemusykilan saudara. | Lain-lain | 09.11.2010 |
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya; 1. Cognitive engagement - Penglibatan kognitif 2. Entrepreneur self efficacy- Efikasi kendiri keusahawanan 3. Innovative entrepreneurship behavior - Tingkah laku inovasi keusahawanan Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? | Cadangan terjemahan kami ialah: 1. Cognitive engagement - Keterlibatan kognitif 2. Entrepreneur self efficacy- Efikasi kendiri usahawan 3. Innovative entrepreneurship behavior - Tingkah laku inovasi keusahawanan | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2015 |
MOHON SEMAKAN UNTUK TAJUK ESEI INOVASI SOSIAL TERAS KELANGSUNGAN BEBAS DADAH | Perkataan kelangsungan bermaksud perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan, contoh ayat; Semuanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara kita. Berdasarkan korpus DBP, kata kelangsungan mempunyai konotasi yang positif, maka tidak sesuai untuk sesuatu yang berkonotasi negatif seperti penyalahgunaan dadah. Dalam hal ini, keadaan ‘bebas dadah’ belum berlaku jauh sekali untuk berlanjutan. Cadangan kami, Inovasi Sosial Teras Membanteras Penyalahgunaan Dadah. 1">1"> | | Penyemakan dan penterjemahan | 15.05.2017 |
Salam 1.Saya ingin mendapatkan pencerahan bagi menggunakan ayat yang sesuai untuk menggunakan istilah " disempurnakan oleh" dan "dirasmikan oleh" dalam sesuatu majlis. 2. Tatacara untuk menggunaan istilah Yang berusaha dalam salutasi ucapan seauatu majlis. Terima kasih | Secara umumnya, "Disempurnakan oleh" digunakan secara umum, manakala, "Dirasmikan oleh" untuk majlis yang melibatkan perasmian. Contohnya: Majlis Hari Inovasi sesuai digunakan "Disempurnakan oleh". Sambutan Bulan Kebangsaan pula sesuai digunakan "Dirasmikan oleh" kerana terdapat majlis perasmian. | Lain-lain | 07.10.2016 |
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan. | Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan. Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Makna | 25.04.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan. | Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher / papan putih 2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak 3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda / kolam ikan 4. peti ais / tanda harga / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak 5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya 7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring / hutan kubah 8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup muka / sut hazmat | Tatabahasa | 14.07.2020 |