Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.saf] | انصاف

Definisi : 1. rasa belas kasihan, rasa simpati, rasa keadilan: Tuhanlah juga akan membalas ~ kasihan tuanku itu; 2. = ~ akan dapat memahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran: dia telah ~ sekarang dan telah kembali ke jalan yg benar; menginsafi mengerti betul (akan) dan menyedari keadaan yg sebenarnya: ia berjalan balik ke biliknya ~ kelemahannya sendiri; menginsafkan menasihati (mengajar dll) supaya insaf: moga-moga tulisan ini ~ sesetengah golongan utk menghormati lagu Negaraku; keinsafan rasa insaf, kesedaran: peristiwa itu telah menimbulkan ~ di dlm jiwanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.saf] | انصاف

Definisi : dpt memahami sesuatu perkara sehingga memperoleh kesedaran: Dr hari itu, baginda ~ akan segala perbuatannya yg jahat. ~ akan dirinya sedar akan dirinya. menginsafi mengerti serta menyedari keadaan yg sebenarnya: Dia ~ kekurangan dirinya. menginsafkan menasihati seseorang supaya insaf; menjadikan insaf; menyedarkan: Peristiwa itu telah ~ orang ramai ttg perlunya hidup bermasyarakat. keinsafan perihal insaf; rasa insaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
insaf (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tahu, faham, mengerti, tahu diri, tahu diuntung, berasa kesal, berasa sesal;,
Kata Terbitan : menginsafi, menginsafkan, keinsafan,

Peribahasa

Udang hendak mengatai ikan.

Bermaksud :

Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ahmad Insaf Syarqawi AHA 4.50 PTG Ahmad Insaf Syarqawi Ahmad Salam Dekat Pesta Buku PBKL ada jual buku Mantik dan Etnomantik karangan Dr Mat Rofa Terbitan DBPAda tuan. Sila datang ke reruai DBP di Dewan Tun Hussein Onn untuk memperoleh buku tersebut. Terima kasih.Lain-lain30.04.2017
Adakah penggunaan perkataan "insaf" betul pada soalan di bawah betul ? Mengapakah Ahmad insaf ?Betul.Tatabahasa20.08.2009
Adakah ayat berikut betul? Perlu masukkan 'bahawa' dan imbuhan 'ber'? Nabi Musa berasa insaf dan menyedari seseorang harus sabar dalam perjalanan menimba ilmu. Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu.Tatabahasa05.01.2012
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat?Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat:  kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa.



Sastera06.04.2013
penggunaan perkataan menyesal dan menyesali...maksud dan contoh ayat untuk membezakannyaMenyesal bermaksud berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf. Contoh: Jika tidak lulus, jangan menyesal nanti.

Manakala menyesali pula bermaksud menyesal akan; berasa tidak senang kepada; berasa sesal terhadap. Contoh: Pemandu lori itu menyesali perbuatannya yang cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya. 

Lain-lain11.09.2020
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula.

Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar.

Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat.    

Makna10.01.2008
apakah peribahasa yg mempunyai maksud berikut : 1. mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 2.bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yg bernar 3.apabila menyedari bhw kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha utk membetulkannyaPeribahasa yang sesuai untuk mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ialah bulan jatuh ke riba. Manakala ertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang benar ialah berani kerana benar. Sila rujuk Kamus Peribahasa Melayu karya Abdullah Hassan untuk mengetahui maksud atau peribahasa yang sesuai. Harap maklum.Makna16.07.2008
Manakah yang betul 'kembali ke pangkuan masyarakat' atau 'kembali ke pangkal jalan'?.Apakah perkataan lain bagi merujuk kepada istilah ini?Kedua-duanya betul, yang lazim digunakan ialah kembali ke pangkal jalan bagi mereka yang telah sedar dan insaf daripada dosa/kesalahan yang dilakukan sebelum ini.Tatabahasa11.11.2011
Kita telah merdeka lebih 50 tahun.Syukur Alhamdulillah.Kemusykilan saya ialah,kenapa kita masih mengaku bangsa yang berbagai,bukan bangsa Malaysia.Ada bangsa Melayu,bangsa India dan sebagainya,sedangkan kita adalah bangsa Malaysia.Borang pendaftaran pihak tuan sendiri masih menggunakan bangsa.Saya bangga,bersyukur dan insaf menjadi bangsa Malaysia,kaum/etnik Melayu.Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami.Makna21.02.2013
Saya memohon sah bahasa dari DBP untuk menggunakan perkataan - terasa - sebagai nama kafe saya. istilah terasa diambil sebagai konsep atau pengalaman. tetapi permohonan ditolak : Cadangan menggunakan nama Rasa (maksud "Rasa" berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), apa saja yang dikecap oleh lidah ketika makan dan minum, manakala "Terasa" bermaksud mengalami rasa hairan, sedih dan insaf dalam hati) atau Berasa (maksudnya mempunya rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah). Oleh yang demikian nama yang sesuai digunakan ialah Rasa atau Berasa (pilih satu) atau gunakan nama lain dalam bahasa Melayu yang lebih bersesuaian dengan konsep kedai. Hujah saya ialah - jenama kafe tidak perlu terikat secara literal dengan perniagaan kami kerana ianya hanya konsep makna. Contohnya perkataan GIGI atau ZUS tiada kena mengena dengan pernigaan kopi. Terdapat banyak contoh jenama kafe yang tiada kena mengena dengan makanan dan minuman juga Saya meminta nasihat apakah cara terbaik untuk saya kekalkan nama Terasa sebagai nama perniagaan kami. Terima kasih.Sila berikan nombor permohonan untuk rujukan kami dan hantar aduan melalui dbpsahbahasa.my

Untuk makluman, nama perniagaan/jenama GIGI dan ZUS telah berdaftar secara rasmi dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Cadangan kami, jika mahu mengekalkan nama kafe TERASA sebagai nama perniagaan, sila daftar nama TERASA secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendapatkan hak cipta tanda dagang (trademark).
Lain-lain07.08.2024
12

Kembali ke atas