Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt a. (st in or into st) memasukkan: he ~ed the key in the lock, dia memasukkan kunci pd lubang kunci; they decided to ~ a new clause into the agreement, mereka memutuskan utk memasukkan fasal baru ke dlm perjanjian itu; to ~ an advertisement in a magazine, memasukkan iklan ke dlm majalah; b. (st between st) menyelitkan, menyisipkan; (punctuation mark) memasukkan: ~ the missing letter, selitkan huruf yg tertinggal; she ~ed a hot water bottle between the sheets, dia menyelipkan botol air panas di antara cadar-cadar itu; ~ a comma between the two words, masukkan tanda koma di antara kedua-dua perkataan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n st inserted, sisipan, selitan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata insert


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As salam tuan di talian, Apakah terjemahan yang betul bagi perkataan stonefish (ikan) dan stick insert (serangga) yang digunakan dalam Sains Tg 2. Sekian, terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut belum ada dalam pangkalan data kami. Mohon berikan kami maklumat tambahan, adakah kedua-dua perkataan tersebut digunakan dalam buku teks terbitan DBP atau buku rujukan syarikat lain dan apakah terjemahan yang digunakan? Bagi perkataan yang belum ada dalam sumber rujukan kami, maka perkataan ini akan dirujuk kepada pihak yang lebih arif dan jika hal ini membabitkan buku terbitan kami, maka lebih mudah untuk kami membuat rujukan dan semakan.Penyemakan dan penterjemahan05.09.2014
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata "cannulate, cannulated, decannulation" dalam bidang perubatan. Kata-kata ini tidak wujud dalam PRPM. Hanya perkataan "cannula" ada digunakan, merujuk kepada kanula. contoh penggunaan kata dalam ayat: "I've almost got him cannulated" (situasi: dalam pembedahan jantung dan jantung pesakit berdegup terlalu laju, kanula ada digunakan) terjemahan: proses kanula hampir selesai (saya tak faham penggunaan cannulated di sini, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi semata-mata) "you've done decannulation of the heart today" (situasi: melibatkan pembedahan jantung pesakit) terjemahan: awak buat pembedahan dekanulasi jantung hari ini. (sekali lagi, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi) makna kata daripada theFreeDictionary.com cannulate, cannulated, cannulating "To insert a cannula into (a bodily cavity, duct, or vessel), as for the drainage of fluid or the administration of medication" decannulation "extubation of a cannula" Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Saya juga ingin memohon bantuan DBP untuk mencadangkan sebarang kamus perubatan dalam Bahasa Melayu untuk rujukan. Terima kasih.Salam sejahtera, 1. Cadangan padanan kami ialah: a. cannulate - mengkanulatkan b. cannulated - dikanulat atau terkanulat c. decannulation - pendekanulatan 2. Pihak puan boleh melayari dbpniaga.my untuk melihat buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bidang sains dan perubatan. Sekian, terima kasih.Istilah02.06.2020

Kembali ke atas