apakah yang dimaksudkan dengan Model Inspirasi? | Inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain); atau disebut juga ilham. Oleh itu, Model Inspirasi bermaksud model yang menjadi ilham dalam penghasilan sesuatu karya. | Makna | 27.10.2010 |
ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI" | Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.
| Tatabahasa | 26.07.2013 |
Salam Sejahtera, Kami sedang dalam proses menghasilkan sebuah buku cerita yang mengumpulkan cerita-cerita daripada beberapa pelajar di sekolah PINTAR. Cerita-cerita dalam buku tersebut merupakan olahan pengalaman yang pernah dilalui oleh pelajar atau cerita teladan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar lain yang membacanya. Sasaran golongan pembaca adalah kanak-kanak dan remaja berusia 9-15 tahun. Kami bercadang untuk menerbitkan dua versi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan telah melantik dua orang pengarang untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, kami tidak mempunyai penasihat bahasa bagi cerita yang diolah dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kami ingin mendapatkan khidmat semakan bahasa daripada DBP untuk menyemak cerita yang telah dikarang bagi memastikan tatabahasa dan olahan cerita digarap dengan baik agar objektif untuk memberi inspirasi kepada pembaca tercapai. Jadi boleh kami tahu dengan siapa kami boleh berhubung untuk perkara ini dan apakah langkah yang harus kami lakukan dalam mendapatkan khidmat semak bahasa oleh DBP. Kami boleh menghantar cerita contoh untuk dijadikan rujukan pihak DBP. | Khidmat nasihat bahasa tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen melebihi 100 patah perkataan. Walau bagaimanapun DBP boleh membantu saudara mengenal pasti pegawai yang boleh melaksanakan tugasan tersebut di luar waktu pejabat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Puteri Aishah melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 20.07.2012 |
Salam sejahtera, 1) Apakah perkembangan Kamus Besar Bahasa Melayu (yang mengandungi maklumat kelas kata) setakat ini? 2) Adakah penggunaan frasa 'Kamus Besar' (sekiranya nama ini kekal digunakan) merujuk kepada inspirasi dari Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI)? Terima kasih. | Kamus Besar Bahasa Melayu masih dalam peringkat penyusunan. Untuk maklumat lanjut saudara boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Perkamusan, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 07.03.2012 |