Bagaimana untuk install balik Dewan Eja Pro pada PC yang telah diformat. | Mohon hubungi Syarikat The Name Technology di talian 03-8319 3388. | Lain-lain | 13.03.2012 |
Apakah panggilan "Uninstall" dalam bahasa Melayu? Uninstall adalah berasal dari perkataan install tetapi ini adalah untuk membuka aplikasi yang telah dipasang (Install). Panggilan bagi uninstall tidak terdapat dalam DBP. Apakah panggilan "Snooze" dalam bahase Melayu? snooze ialah tetapan penggera pada telefon bimbit. Akan berbunyi dalam waktu yang ditetapkan berulang kali. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk uninstall dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang kami cadangkan ialah nyahpasang. Istilah snooze akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 20.01.2012 |
Semakan Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters Membekal, Memasang, Fabrikasi Sistem Pipe GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir | ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters terjemah kepada Membekal, Memasang, Pembuatan Sistem Paip GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir | Makna | 04.09.2019 |
saya Dr Nagesvari, ingin bertanya tentang ekamus. Sya telah install ekamus semasa buat phd di USM dengan seorang kawan yang bernama Liza. Sekarang saya bertugas di UMK kelantan, dan laptop perlu di format balik. saya nak tanya, bagaimana cara untuk install balik ekamus selepas di format. | Untuk makluman, Khidmat Nasihat Bahasa hanya menjawab soalah berkaitan bahasa sahaja. Walau bagaimanapun, puan boleh cuba menghubungi Bahagian Sistem Maklumat DBP, kalau-kalau bahagian tersebut boleh membantu. Cuba hubungi talian ini: 03-21479373 | Lain-lain | 28.06.2016 |
Salam sejahtera, Adakah "Installability" sesuai diterjemahkan kepada "kebolehpasangan"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Etimologi installability ialah install + able, manakala takrifnya ialah “The capability of being installed” . Jika berdasarkan panduan pembentukan istilah, boleh digunakan untuk able dan pasang digunakan untuk install, maka pembentukan kata nama akan menerima apitan ke-an dan membentuk istilah “kebolehpasangan”. | Istilah | 20.11.2018 |