Tuan/Puan, Apa padanan yang sesuai untuk perkataan "institute" dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan institute ialah “Institut”. Perkataan institute juga boleh dipadankan dengan “memulakan” atau “memperkenalkan” (Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Lain-lain | 22.09.2021 |
Saya ingin bertanyakan mana yang lebih sesuai bagi perkataan berikut:- Institute of Continuous Education and Professional Studies (ICEPS) atau Institute of Continuing Education and Professional Studies (ICEPS). Mohon pencerahan. Terima kasih. | Tuan, Untuk makluman, kami hanya boleh mencadangkan teks atau tajuk dalam bahasa Melayu. Untuk teks atau tajuk yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, mohon tuan rujuk kepada pihak yang lebih berwibawa atau membuat rujukan di mana-mana kolej atau universiti supaya lebih jelas. | Lain-lain | 20.09.2019 |
Tuan/Puan, Apa padanan "institute" dalam Bahasa Melayu bagi konteks di bawah: "34. Notwithstanding the provisions of any written law to the contrary, in civil proceedings by or against the Universiti- (a) ...; or (b) ..., may, on behalf of the Universiti, commence, institute, appear in and condut such proceedings and may make and do all appearances, acts, and applications in respect of such proceedings.". Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu ialah institut. Sila rujuk Persatuan Penterjemah Malaysia untuk terjemahan yang lebih tepat. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.10.2021 |
Kepada pegawai yang berkenaan, Apakah terjemahan sesuai untuk perkataan "Chartered" untuk yang berikut: 1) Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (sebuah institusi profesional) - Yang mana di antara "Berpiagam" dan "Berkanun" lebih sesuai? 2) Chartered Professional in Islamic Finance (individu profesional dalam kewangan Islam) - Yang mana di antara "Bertauliah" dan "Berkanun" lebih sesuai? Terima kasih. | Merujuk Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, chartered diberikan padanan berkanun atau berpiagam, iaitu chartered company diberikan padanan syarikat berpiagam/syarikat berkanun. Tuan boleh menyemak semula frasa dalam bahasa Inggeris Chartered Institute of Islamic Finance Professionals kerana agak data kami menunjukkan kata Professionals merujuk pada orang yang profesional. Bagi frasa yang tuan kemukakan kami mencadangkan padanan Institut Profesional Kewangan Islam Berkanun. Begitu juga, kami mohon tuan menyemak frasa Chartered Professional in Islamic Finance. Kami mencadangkan Profesional Kewangan Islam Bertauliah, namun dari segi makna frasa ini tidak merujuk pada individu seperti maksud yang tuan maklumkan. | Istilah | 23.01.2015 |
Assalamulaikum En/Puan, Saya Ida dari Malaysian Institute of Accountant (MIA) ingin menanya beberapa soalan: 1. Kamus Dewan Bahasa yang terbaru adalah edisi berapa dan dikeluarkan pada tahun berapa? 2.Adakah Kamus Dewan Bahasa mempunyai 'on-line' pencarian? | 1. Kamus Dewan Edisi Keempat, terbit pada tahun 2005. 2. Kamus Dewan tidak ada dalam talian, namun saudara boleh layari laman web kami prpm.dbp.gov.my untuk mencari maksud/padanan kata/istilah yang diperlukan. | Lain-lain | 18.03.2009 |
Selamat Tengahari, Saya Sarah dari Tropical Marine Science Institute, Singapura. Saya perlukan sebuah buku cetakan Dr. Lokman Shamsudin pada tahun 1990. Tajuk buku ialah 'Diatom Marin di Perairan Malaysia'. Saya tidak dapat cari buku ini di online bookstore. Jadi, saya ingin tahu kalau DBP masih mencetak buku ini, dan berapa harga buku ini. Terima kasih. Sarah | Salam sejahtera Puan Sarah, Buku Diatom Marin di Perairan Malaysia sudah dihapus kira dan tidak dicetak ulang. Buku tersebut boleh dipertimbangkan untuk dicetak ulang sekiranya terdapat banyak permintaan daripada pembaca. Walau bagaimanapun, buku tersebut ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, untuk pinjaman. | Lain-lain | 10.02.2010 |
Apakah Institut Pembelajaran Pemerkasaan sesuai untuk nama dalam bahasa Melayu untuk Learning Institute For Empowerment | Jawapan yang betul ialah "Institut Pembelajaran Pemerkasaan" | Lain-lain | 25.03.2023 |
Untuk makluman, Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Training Institute (MATRAIN) adalah sebuah insitut latihan di bawah Jabatan Laut Malaysia (JLM). Dalam hal ini, JLM berhasrat untuk menggunapakai nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) memandangkan institut ini telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ASEAN Regional Training Centre. Sebagai tambahan penggunaan nama MATRAIN adalah lebih menarik (catchy) dan ianya sebagai salah satu usaha untuk menjenamakan semula institut ini. Sejajar di atas, kerjasama dan bantuan tuan adalah dipohon untuk memberi pengesahan berhubung perkara ini sama ada penggunaan nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) boleh digunapakai atau sebaliknya. Perhatian dan maklum balas segera tuan berhubung perkara ini amat dihargai. | Kami cadangkan kekalkan nama yang telah mantap Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) dan untuk tujuan antarabangsa boleh menggunakan dalam bahasa Inggeris Maritime Training Instute (MATRAIN) | Lain-lain | 08.07.2019 |
Selamat petang. Adakah nama-nama syarikat atau institut tinggi dalam bahasa English seperti Foxconn Technology Group, Taipei Institute of Technology perlu diterjemahkan ke dalam bahasa melayu sekiranya membuat penterjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? Terima kasih. | Sekiranya nama syarikat atau institusi pengajian tinggi tersebut bukan nama khas boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Sekiranya nama tersebut sudah berdaftar boleh dikekalkan sahaja penggunaan nama tersebut. | Tatabahasa | 13.02.2022 |
Apakah padanan yang sesuai untuk brother yang merujuk kepada A religious Brother is a member of a Christian religious institute or religious order who commits himself to following Christ in consecrated life of the Church, I'm so sorry Brother John. Maafkan saya, Abang John. | Kata sapaan dalam Bahasa Melayu ialah tuan. Dalam konteks separa rasmi kadangkala perkataan saudara digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |