Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. so. who instructs, pengajar: a gym ~, pengajar gimnastik; a swimming ~, pengajar renang; 2. (US) college, university teacher ranking below an assistant professor, pensyarah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata instructor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang betul bagi driving instructor? Adakah ia 'Guru Memandu'? Terima Kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk driving instructor. Walau bagaimanapun, istilah untuk instructor ialah jurulatih atau pengajar. Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah jurulatih memandu atau pengajar memandu.Istilah20.07.2011
Tuan/Puan, Adakah penggunaan perkataan instruktor (instructor) dibenarkan? Contoh: Instruktor Kecergasan. Terima kasih.Perkataan instruktor tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Perkataan yang perlu digunakan bagi merujuk perkataan instructor ialah pengajar atau jurulatih.Istilah02.03.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan/puan Saya mohon bertanya ejaan di dalam Bahasa Melayu : 'Instructor Aerobik' Terima kasihPadanan instructor aerobic ialah jurulatih aerobik.Penyemakan dan penterjemahan22.05.2015
Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang lebih tepat untuk perkataan "pengajar"? Adakah terdapat perbezaan makna dan penggunaan antara "teacher" dan "preacher"?Istilah bahasa Inggeris untuk "pengajar" ialah instructor atau tutor. Istilah bahasa Melayu untuk "teacher" ialah guru dan istilah bahasa Melayu untuk "preacher" ialah pengkhutbah. Pengkhutbah bermaksud orang yang berkhutbah, pen­syarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan).Istilah29.04.2016
Apakah terjemahan bahasa Inggeris yang tepat untuk perkataan "tenaga pengajar"? Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Padanan yang kami boleh berikan ialah instructor.
Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk  maklumat lanjut.

Sekian.
Penyemakan dan penterjemahan25.07.2017
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "instructur" dalam bahasa Melayu? (Merujuk kepada orang yang bertanggungjawab menunjuk ajar cara-cara mengunakan alat senaman bina badan kepada ahli di gimnasium)Padanan bahasa Melayu bagi perkataan instructor ialah pengajar atau jurulatih.Istilah23.09.2007

Kembali ke atas