Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id 1. perintah, arahan: lampu itu kuselubungi dgn sebuah tutup, sesuai dgn ~ pihak berkuasa; 2. pelajaran (kpd tentera); menginstruksikan 1. memerintahkan, meng­arahkan; 2. mengajarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata instruksi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
instruksionalTidak ada perkataan instruksional dalam sumber rujukan kami. Yang ada perkataan ialah instruksi iaitu perkataan Indonesia yang bermaksud perintah atau arahan dan berkemungkinan instruksional ialah akronim kata instruksi dengan perkataan lain seperti rasional kerana Indonesia gemar menggunakan perkataan akronim.Makna05.01.2012
Saya seorang pelajar kedoktoran yang ingin membuat kajian tentang amalan kepimpinan instruksional. Masalah yang saya hadapi adalah banyak penulisan di Malaysia menggunakan perkataan kepimpinan pengajaran, kepimpinan kurikulum, kepimpinan akademik, dan kepimpinan instruksi. Pertanyaan saya adalah, bolehkah saya menggunakan perkataan kepimpinan instruksional bagi mewakili kesemua jenis kepimpinan yang telah dinyatakan itu dan adakah semua jenis kepimpinan itu membawa maksud yang sama. Untuk pengetahuan tuan saya akan menulis kajian saya dalam bahasa Malaysia (Melayu) dan surat tawaran biasiswa saya juga meminta saya membuat kajian tentang kepimpinan instruksional. Saya sangat berharap untuk mendapat jawapan daripada pihak tuan. Sekian terima kasih.Saudara perlu menghubungi IPTA/IPTS yang berkenaan dengan tajuk subjek kedoktoran tersebut kerana ia melibatkan konteks dan bidang yang khusus dalam kajian itu.Lain-lain31.07.2009

Kembali ke atas