Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 4. measure taken as protection against loss etc, jaminan: she had a burglar alarm installed as an ~ against further break-ins, dia memasang penggera kecurian sbg jaminan tdk berlaku lagi kejadian pecah rumah; 5. business of providing protection against loss etc, perniagaan insurans. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. protection against loss etc, insurans: ~ of the premises costs him $700 a year, dia membayar $700 setahun sbg insurans tempat itu; car ~, insurans kereta; ~ premium, premium insurans; he took out an ~ against accident, dia mengambil insurans kemalangan; 2. sum paid for loss, (wang) insurans: who got his ~ when he died?, siapakah yg mendapat wang insuransnya setelah dia meninggal dunia?; the company refused to pay any ~, syarikat itu enggan membayar sebarang insurans; 3. insurance policy, polisi insurans; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata insurance


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Mohon bantuan untuk menterjemahkan "Insurance Cover Note" dalam bahasa Malaysia. Terima kasih.Padanan insurance cover note dalam bahasa Melayu ialah nota lindung insurans.Penyemakan dan penterjemahan16.06.2016
Saya Hanim dari AXA AFFIN Life Insurance Berhad. Saya ingin memohon pengesahan logo iklan syarikat kami, AXA AFFIN Life Insurance Berhad seperti dilampirkan. Terima Kasih.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan puan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan baharu dan rujuk Manual Pengguna yang dilampirkan untuk memudahkan urusan puan.Lain-lain31.05.2019
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk terminologi Short Tail Claims for Direct Insurance. Short tail dalam konteks ini bermaksud 'Classes of insurance business involving coverage for risks where claims are usually known and settled within 12 months.' Diharap mendapat cadangan terjemahan untuk short tail claims. Terima kasihTerjemahan yang boleh dicadangkan ialah "Penyelesaian Tuntutan Segera bagi Insurans Langsung".Penyemakan dan penterjemahan27.07.2015
bagaimana mengeja dengan betul perkataan ataupun or atau pun Bolehkah perkataan ini (Malaysia Export Credit Insurance Berhad) dieja dalam bahasa inggeris dalam sesuatu penulisan atau perlu diterjemah

Puan Norhanisah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Ejaan yang betul ialah ataupun. Bagi pertanyaan kedua Malaysia Export Credit Insurance Berhad hendaklah kekal ditulis begini mengikut apa yang telah didaftarkan dengan SSM. terima kasih

Makna14.10.2009
Ayah saya merupakan pesara DBP, apakah Syarikat insurance untuk DBP pada tahun 2024. Untuk urusan klinik Dan hospital. Sekuan terima kasih.Maklum balas tentang pertanyaan tuan akan kami berikan dalam tempoh terdekat. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.Lain-lain24.02.2024
Salam Hormat, 1) Saya telah mengemukakan soalan mengenai "Insurance Cover Note" minggu lepas. Namun, saya berhasrat untuk mengetahui secara lebih lanjut kerana saya agak keliru dengan "Nota Lindung Insurans" dan "Nota Perlindungan Insurans". Mohon jasa baik penjelasan daripada pihak tuan dan contoh penggunaan ayat jika tidak keberatan. 2) Mohon bantuan untuk menterjamahkan ayat "Apologize for inconvenience" Ribuan terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, tidak terdapat huraian yang diberikan untuk "nota lindung insurans." Ayat "Apologize for inconvenience" boleh diterjemahkan kepada Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.Istilah21.06.2016
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "takaful contribution" (padanan istilah kewangan Islam untuk istilah kewangan konvensional "insurance premium")? Adakah "sumbangan takaful" atau "caruman takaful"? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

takaful contribution - sumbangan takaful


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain28.06.2021
Salam, Ingin maklum balas samada terjermahan di bawah adalah betul. English We reward good drivers like you Get 15% Cash Back for motor insurance BM Ganjaran untuk anda pemandu berhemah Dapatkan Pulangan Tunai 15% bagi insurans motor Sekian, terima kasih.Salam,

Dicadangkan terjemahan: Ganjaran untuk pemandu berhemah. Dapatkan pulangan wang tunai 15% bagi insurans motor.
Penyemakan dan penterjemahan09.11.2015
Assalamualaikum, Adakah perkataan "policy" telah diserap ke dalam bahasa Melayu dan ejaannya adalah "polisi"? Terima kasih.Perkataan policy diterjemahkan kepada polisi dalam bidang undang-undang dan ekonomi sahaja seperti pemegang polisi insurans {policy holder (insurance)}. Dalam bidang lain dan teks umum policy diterjemahkan kepada dasar seperti dasar penyelidikan (research policy).Istilah04.10.2012
Mohon dapat terjemahkan ayat ini: 1 - a one time processing fee is payable upon first disbursement of the facility. This fee is to be debited to the financing account. 2 - applicable for non malaysian only and not applicable to spouse of Malaysia in a joint apllication. 3 - You/Security Party will maintain such takaful or insurance as in respect of the property against all risk from such takaful operator or insurance companies acceptable to the bankUntuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan ayat tersebut dalam bahasa Melayu supaya kami boleh menyemaknya. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan25.10.2018
12

Kembali ke atas