Cikgu, huruf i dalam perkataan insya-Allah perlu ditulis secara huruf besar atau huruf kecil? Jadi insya-Allah atau Insya-Allah? Atau kedua-duanya pun sama boleh diterima? | insya-Allah. | Ejaan | 27.05.2014 |
Salam. Ada kekeliruan ejaan. Kamus Dewan Ed. 4 menyatakan ejaan "insya Allah" ada tanda sempang, "insya-Allah". Tetapi, dalam rujukan Khidmat Nasihat, ada yg menyatakan ejaan yg betul "insyaAllah" dan ada yg menyatakan "insya-Allah". Rujukan prpm di sini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya-allah&d=10. Mohon pencerahan. T.k. | Ejaan yang betul ialah insya-Allah. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 24.07.2013 |
insya-Allah | insya-Allah | Ejaan | 29.04.2011 |
Yang mana paling tepat: a) Insya-Allah b) Insya Allah | Jawapan yang tepat ialah insyaAllah | Tatabahasa | 15.02.2012 |
Assalamualaikum. Antara tiga pernyataan dibawah. Yang manakah yang betul secara tatabahasanya? 1. Insya Allah kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli Persatuan. 2. Insya Allah kami tidak akan mempersiakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli Persatuan. 3. Insya Allah kami tidak akan persiakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli Persatuan. Saya dahulukan ucapan terima kasih atas khidmat nasihat tuan/puan. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: Insya-Allah kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan serta mandat yang telah diberikan oleh ahli-ahli persatuan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 02.02.2019 |
Apakah ejaan sebenar: insya-Allah @ insyaAllah @ insyaallah @ lain. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "insya-Allah" | Ejaan | 13.10.2016 |
Yang manakah betul "insyaAllah saya datang" atau "insya-Allah saya datang" | Ejaan yang betul ialah "insya-Allah saya datang" | Ejaan | 21.07.2011 |
apakah ejaan terkini bagi perkataan insya-Allah/ in sya Allah? mohon semakan tq | Ejaan yang betul insya-Allah | Ejaan | 04.05.2016 |
As Salam, adakah perkataan insya-Allah sudah ditukar kepada insha-Allah , mohon kepastian. Terima kasih tuan. | Ejaan insya-Allah masih digunakan seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan. | Ejaan | 26.09.2014 |
bagaimanakah ejaan perkataan insyaALLAH yang sebenar dan terbaru?adakah IN SYA ALLAH atau INSYA ALLAH? dan mengapa ejaan nya sedemikian sila beri penjelasan | Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah insya-Allah. | Ejaan | 06.05.2015 |