Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata insyaallah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan sebenar: insya-Allah @ insyaAllah @ insyaallah @ lain.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "insya-Allah"Ejaan13.10.2016
Ingin tahu ejaan bagi Peperiksaan Pra-Sekolah (Nama Khas) : Pra-Sekolah atau Pra Sekolah atau PraSekolah ? Bagi perkataan lain pula: insya-Allah atau insyaAllah atau insyaallah ?Ejaan yang betul ialah Peperiksaan Prasekolah dan insya-Allah.Ejaan25.09.2014
bagaimanakah ejaan perkataan insyaALLAH yang sebenar dan terbaru?adakah IN SYA ALLAH atau INSYA ALLAH? dan mengapa ejaan nya sedemikian sila beri penjelasanMerujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah insya-Allah.Ejaan06.05.2015
Yang manakah betul "insyaAllah saya datang" atau "insya-Allah saya datang"Ejaan yang betul ialah "insya-Allah saya datang"Ejaan21.07.2011
Slm. Saya hendak bertanya perkataan seperti Alhamdulillah, InsyaAllah merupakan percampurn kod bhasa Arab yg tergolong dalam golongan apa ya? TQWaalaikumsalam.
Menurut Kamus dewan Edisi Kempat, perkataan "alhamdulillah" dan "insya-Allah" ialah perkataan bahasa Arab, tidak dinyatakan ia tergolong dalam golongan mana.
Tatabahasa15.05.2015
Yang mana paling tepat: a) Insya-Allah b) Insya AllahJawapan yang tepat ialah insyaAllahTatabahasa15.02.2012
Salam. Sy nak taw mcm mn nak hubungi siapa2 yg berkaitan Othman Kelantan? Utk kajian sastera sy, insyaAllahWaalaikumuslam wbk. Bagi maksud tersebut, sdr bolehlah hubungi waris atau anak Allahyarham S. Othman Kelantan iaitu SM Zakir melalui alamat e-mel: smzakir90@gmail.com atau talian 017-3427991. Selamat berjaya dan wassalam.Lain-lain01.08.2010
Salam Ramadhan 2015..saya ingin bertanyakan bagaimanakah cara untuk saya mengundang pegawai dari DBP untuk datang ke sekolah saya bagi menyampaikan ceramah tatabahasa bm upsr. InsyaAllah, pihak sekolah saya sedia memberi kerjasama keoada pihak DBP. Lebih-lebih lagi kehadiran pegawai DBP yang pakar dalam bidang bahasa sangatlah kami hargai dan mampu menaikkan semangat calon upsr 2015.Seperkara lagi, adakah pihak DBP menerbitkan buku tatabahasa lengkap yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah iaitu untuk upsrKami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Akademi DBP, ketuanya Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel dbp.gov.my">amran@dbp.gov.my.Lain-lain06.07.2015
adakah anda mendapat borang permohonan perkerjaan yang saya hantar

Sdr,

Sekiranya sdr mengemukakan permohonan jawatan ke alamat sepertimana yang disiarkan di dalam akhbar, Insyaallah permohonan tersebut telah kami terima dan kini dalam proses tapisan dan penilaian. Permohonan yang berjaya melepasi tapisan dan penilaian yang kini sedang dibuat sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang surat daripada kami dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Semoga permohonan sdr termasuk dalam senarai calon yang berjaya. Amin.

 

Lain-lain28.06.2010
Salam. Ada kekeliruan ejaan. Kamus Dewan Ed. 4 menyatakan ejaan "insya Allah" ada tanda sempang, "insya-Allah". Tetapi, dalam rujukan Khidmat Nasihat, ada yg menyatakan ejaan yg betul "insyaAllah" dan ada yg menyatakan "insya-Allah". Rujukan prpm di sini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya-allah&d=10. Mohon pencerahan. T.k.Ejaan yang betul ialah insya-Allah. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan24.07.2013
12

Kembali ke atas