| Yang mana betul bagi ejaan : insya-Allah, insyallah atau ejaan lain ? | Ejaan yang betul ialah 'insya-Allah'. | Ejaan | 24.01.2021 |
| Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan perabot adalah perabot bukannya perabut? Kenapa ejaan tose bukannya tosai? Kenapa ejaan telefon bukannya talipon? Kenapa ejaan bumiputra bukannya bumiputra? Kenapa ejaan Insya-Allah ada sempang, bukannya Insyallah? Kenapa ejaan yang betul spageti bukannya spagheti? Kenapa ejaan stoking, bukannya stokin? Kenapa ejaan yang betul adalah catat, bukannya catit? Kenapa ejaan yang betul adalah maksimum bukannya maksima? Kenapa ejaan minimum adalah minimum, bukannya minima? Kenapa ejaan pelancaran digugurkan huruf ‘r’ perlancaran? Kenapa ejaan yang betul adalah cap, bukannya cop? Sekian terima kasih. | Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Perkataan yang betul ialah pelancaran hasil daripada kata kerja melancarkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lebih lanjut. | Tatabahasa | 16.07.2021 |
| Assalamualaikum pihak DBP yang disayangi sekalian . Saya ada ditugaskan untuk menterjemah sebuah buku Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu . Namun ada beberpa frasa , terma dan perkataan yang agak sukar untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan menyebabkan saya buntu . Berikut adalah beberapa frasa , perkataan dan ayat yang dimaksudkan : -The Way of Strategy -sword-fencing -The comparison with carpentry is through the connection with houses. Houses of the nobility, houses of warriors, the Four houses, ruin of houses, thriving of houses, the style of the house, the tradition of the house, and the name of the house. ( Saya tidak faham perkataan atau makna tepat (house ) yang dimaksudkan , samada uanya bermaksud rumah atau keturunan ) Itu sahaja , sekiranya saya ada lagi kemusykilan , Insyallah saya akan bertandang ke sini lagi . Terima Kasih | Perkataan "rumah" dalam konteks ini boleh dipadankan dengan golongan, kategori atau jenis bergantung pada kesesuaian penggunaan perkataan. | Makna | 14.06.2020 |