Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. persons taken in, (students) pelajar, penuntut; (soldier) rekrut; (trainee) pelatih; (worker) pekerja: the new ~ will be addressed by the C.O., rekrut baru itu akan diberi taklimat oleh Pegawai Pemerintah; 3. act of taking in, pengambilan; 4. opening through which air, gas, etc enters a tube, pipe, tempat masuk: air ~s, tempat masuk udara. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. number, quantity taken in, /bilangan, jumlah/ [n] yg diambil; (of food), (me)makan; (of fluid), (me)minum; (of air) menyedut: the new ~ of students rose this year, bilangan penuntut yg diambil tahun ini meningkat; you must cut down on the ~ of carbohydrates, kamu mesti kurang memakan makanan berkanji; ~ of breath, /menarik, menghela/ nafas dgn tiba-tiba: I heard an ~ of breath and when I turned I saw Siew Eng staring at the door, saya terdengar orang menarik nafas dgn tiba-tiba dan apabila saya menoleh, saya ternampak Siew Eng sedang merenung tepat ke arah pintu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intake


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bantuan untuk penterjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia untuk papan tanda. 1)supermarket loading dock 2)dockmaster office 3)department store loading dock 4)stroller & wheel chair service store room 5)fresh air intake roomPadanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. supermarket loading dock - dok punggah pasar raya

2. dockmaster office - pejabat ketua dok

3. department store loading dock - dok punggah gedung serbaneka

4. stroller & wheel chair service store room - bilik stor khidmat kerusi roda dan kereta sorong

5. fresh air intake room
- bilik ambilan udara segar
Istilah20.05.2013
Tang Pui Kwan SEP 11TH, 11:56AM salam sejahtera, i would like find out more about kursus basic bahasa melayu for foreigner. Is this about pricing?YesNo 1.when is the next intake? 2. how many classes for the entire programme? 3.how many hours in total, 4. how much is the course fee + registration fee (if any?) thank youSegala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224.Lain-lain11.09.2016
Bolehkah kami menyemak dengan tuan/puan sama ada perkataan/teks berikut adalah betul atau tidak? (a) Peranti Penghalau Nyamuk Kendalian Bateri (b) Tiada Soket Dinding Diperlukan (c) Mudah untuk menggantikan isian semula (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama 8 jam setiap hari (e) Teknologi Penghalau Nyamuk Terkini (f) Prestasi yang dipertingkatkan dengan alat kipas yang unik (g) Butang penunjuk LED (h) Port Masuk (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Intake Port”) (i) Tempat Penyebaran (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Diffuser Area”)Berikut merupakan cadangan jawapan untuk pertanyaan Puan. Jawapan ini sama seperti yang telah dilampirkan untuk soalan bertarikh 1 Julai 2024.

Frasa (c), (e), (g), (h) dan (i) betul. Frasa lain yang dibetulkan termasuklah (a) Peranti Penghalau Nyamuk Berbateri (b) Soket Dinding Tidak Diperlukan (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama lapan jam setiap hari, (f) Prestasi yang ditingkatkan dengan alat kipas yang unik. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Makna10.07.2024

Kembali ke atas