Adakah benar bahawa iklan yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris mesti diterjemah ke bahasa Malaysia? Saya dari bahagian Marketing Department dari syarikat Intel dan telah diberitahu oleh pelanggan saya bahawa teks yang ditaip dalam bahasa Inggeris mesti ditukar seperti yang berikut: Up to Intel® CoreTM i7 processor --> Naik Taraf Pemproses Intel® CoreTM i7 Adakah Tuan/Puan mempunyai sebarang dokumen atau arahan yang membuktikan langkah ini adalah wajar dan mesti diikuti oleh pelanggan saya? Hal ini sebab syarikat saya mesti ada bukti yang kukuh kalau pihak audit hendak tanya/periksa tentang hal ini pada masa akan datang. Harap boleh dapat jawapan daripada pihak tuan secepat mungkin. Sekian, terima kasih. | Setiap iklan yang dipaparkan tertakluk pada Undang-undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Undang-undang kecil iklan ini menetapkan perkara yang hampir sama, iaitu semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan, sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Selain itu, Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan setiap papan iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Perkataan bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi saiz, warna dan kedudukan perkataan berbanding bahasa lain. Malah penggunaan bahasa Melayu hendaklah dipastikan betul dan tepat dari segi penggunaan perkataan, susunan ayat, ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi papan iklan premis perniagaan pula, Jabatan Kerajaan Tempatan mengeluarkan pekeliling tentang “Garis Panduan Papan Iklan Premis Perniagaan”. Garis panduan ini jelas turut menetapkan keterangan perniagaan sama ada produk atau perkhidmatan yang mesti mengutamakan bahasa kebangsaan dari segi saiz, warna dan kedudukan. Baik Undang-undang Kecil Iklan PBT atau garis panduan, secara teorinya, semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan semata-mata atau jika terdapat dwibahasa, bahasa kebangsaan mesti diutamakan. | Lain-lain | 20.02.2020 |
apakah yang dimaksudkan dengan intelek? | Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; | Makna | 30.04.2009 |