bolehkan tuan berikan beberapa contoh ayat untuk perkataan intelektual. | Sila rujuk intelektual&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=intelektual&d=1 untuk melihat contoh berkenaan. | Tatabahasa | 14.07.2016 |
salam hormat.. saya ingin tahu bagaimana sesebuah novel itu boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai nilai komersial & nilai intelektual serta bagaimana pula sebaliknya? | Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, novel yang mempunyai nilai komersial ialah novel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Antara ciri-ciri novel komersial ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah yang tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel komersial juga merupakan novel popular yang diminati oleh golongan remaja. Novel intelektual pula ialah novel yang memberi banyak maklumat dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran, dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel intelektual, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. | Lain-lain | 08.01.2010 |
Apakah peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu. | Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian tentang tajuk yang dibincangkan. Pertanyaan seperti ini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Walau bagaimanpun untuk maklumat awal, Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua pihak (bukan hanya golongan intelektual) memperkasakan bangsa Malaysia melalui bahasa kebangsaan kita. Untuk maklumat lanjut rujuk makalah atau kertas kerja seminar yang berkitan dengan tajuk tersebut. | Lain-lain | 20.06.2011 |
lokakarya | diskusi intelektual | Lain-lain | 25.09.2014 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah "Reservasi Hak Harta Intelektual" merupakan terjemahan yang betul untuk "Reservation of Intellectual Property Rights"? Terima kasih. | Terjemahan bagi Reservation of Intellectual Property Rights ialah Perlindungan Hak Harta Intelek. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.06.2018 |
Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Saya ingin menyemak penggunaan ayat berikut: "Pengaruh Ibnu Rushd Terhadap Gerakan Intelektual Eropah Dalam Era Renaisans" Adakah penggunaan perkataan "dalam" adalah tepat? Terima kasih. | Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Penggunaan perkataan 'dalam' tersebut adalah tepat kerana 'dalam' juga boleh merujuk pada waktu tertentu. 'Waktu tertentu' yang dimaksudkan dalam soalan encik ialah Era Renaisans. Penggunaannya adalah tepat. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 09.12.2017 |
Muhammad Suhaimi Apr 14th, 9:24am Assalamualaikum Tuan/Puan, Pada 9 Mei 2015 (Sabtu) akan datang kami Akademi Intelektual Muda (AIM) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Syeikh Muhammad Abduh di Institut Pendidikan Guru Bangi. Bagaimana sekiranya kami ingin menjemput Ujana Buku DBP untuk turut memeriahkan ruang pameran kepustakaan pada hari program berkenaan? Terima kasih. MUHAMMAD BIN SUHAIMI 019 3977213 | Sila hubungi Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP melalui ketuanya Encik Azhar Mohamad Dora, di talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.04.2015 |
Adakah perkataan 'keintelektual' boleh diterima pakai? | Perkataan yang tepat ialah keintelektualan yang bermaksud perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dengan keperluan rakyat. | Tatabahasa | 12.09.2013 |
Salam sejahtera. Saya amat berbesar hati jika Tuan/Puan dapat memberi bantuan istilah Bahasa Melayu untuk "trade dress", yang merupakan suatu bentuk hak harta intelektual berdasarkan ciri-ciri visual sesuatu produk. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, belum terdapat padanan khusus bagi istilah trade dress. Kami akan panjangkan pertanyaan ini kepada JK Istilah Semasa untuk mendapatkan padanan yang sesuai dan memberi maklum balas melalui e-mel tuan. | Istilah | 12.05.2019 |
Hamizi HabriView Profile Actions 11:58AM Hamizi Habri Hamizi Assalamualaikum admin, maaf mengganggu.. boleh saya tahu judul judul di bawah ini adakah akan diulangcetak ? Jika ya dimana saya boleh mendapatkannya ? 1. Mitos Pribumi Malas 2. Intelektual masyarakat membangun 3. Rasuah : sifat, sebab & fungsi Kesemuanya karya Prof. Syed Hussein Al Attas | Untuk tempahan dan urusan pembelian buku, sila hubungi Kedai Buku melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 31.05.2016 |