BAGAIMANA "INTELLIGENT ACCOUNTABILITY" BOLEH DITULIS DALAM BAHASA MELAYU. | Belum ada terjemahan intelligent accountability dalam pangkalan data kami. Accountability diterjemahkan kepada kebertanggungjawapan, manakala inteligent boleh diterjemahkan kepada pintar, cerdas, cerdik atau mampu. Dalam bidang pendidikan, intelligent diterjemahkan kepada cergas seperti intelligent reasoning diterjemahkan kepada taakulan cerdas. Berdasarkan bentuk istilah yang ada, kami mencadangkan intelligent accountability diterjemahkan kepada kebertanggungjawapan cerdas, jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2014 |
Mohon semakan penggunaan perkataan yang betul bagi Bahasa Inggeris, sama ada "Computing" atau "Computerization" bagi terjemahan di bawah :- Bahasa Melayu = Jabatan Pengkomputeran Pintar dan Analitik Bahasa Inggeris = Department of Intelligent Computing and Analytics / Department of Intelligent Computerization and Analytics | DBP menyediakan khidmat semakan penggunaan dan terjemahan hanya dalam bahasa Melayu. Untuk pengetahuan anda, dalam pangkalan data DBP, perkataan computerization diberikan padanan pengkomputeran. Namun kami tidak mempunyai autoriti menentukan padanan bahasa Inggeris yang betul mengikut konteks yang anda berikan. | Lain-lain | 29.11.2018 |
Salam. Apakah terjemahan/padanan yang sesuai bagi 'Artificial Intelligent'? | Salam sejahtera, Padanan artifical intelligence ialah kecerdasan buatan. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.11.2019 |
Apakah makna perkataan berikut dalam Inggeris: 1. Ikram 2. Bijaksana Terima Kasih | 1. Makna, ikram - penghormatan, , honour, reverence.2. bijaksana, wise, intelligent, learned, clever,sagacious. | Makna | 05.03.2007 |
Tuan / Puan Saya sedang menyiapkan abstrak untuk tesis peringkat PhD di dalam bidang kejuruteraan. 1.Bolehkah saya menggunakan istilah nirsentuh sebagai terjemahan kepada istilah BI : contactless? 2. Bolehkah saya menggunakan istilah Sistem Pintar Terkamil sebagai terjemahan kepada istilah BI : Integrated Intelligent System? Saya mengambil istilah terkamil = integrated dengan merujuk kepada istilah Integrated Circuit = Litar Terkamil yang biasa digunakan di dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik. panduan dan pedoman dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. -hanif- | 1. Padanan contact less dalam bahasa Melayu ialah tanpa sentuh. 2. Integrated boleh diterjemahkan kepada kamir dan sepadu. Istilah kamir bagi padanan integrated digunakan dalam bidang kejuruteraan, manakala frasa integrated intelligent system lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran. Kami cadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada sistem cerdas sepadu. Pintar lazimnya digunakan sebagai terjemahan kata smart. | Istilah | 05.07.2012 |
Saya ingin mendaftarkan nama tadika saya dengan nama intelligen aulad. Adakah ini bahasa melayu yang dibenarkan? Kerana saya dapati ada tadika lain yang menggunakan perkataan inteligen dan aulad di papan tanda tadika mereka malah di promosi kain rentang yang berlesen. Terima Kasih | Untuk makluman perkataan "intelligen" dan "aulad" tidak ada dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk intelligent ialah cerdas, pintar dan cerdik. Aulad pula merupakan perkataan bahasa Arab. Oleh itu, kami berharap tuan menggunakan bahasa Melayu untuk papan tanda tadika tersebut. | Istilah | 11.06.2012 |