| Apakah terjemahan untuk intense workout? | Untuk makluman, tidak terdapat bahasa Melayu yang khusus untuk "intense workout". "Workout" boleh bermaksud "senaman, bersenam atau senaman bina badan. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 06.12.2016 |
| Tuan/ Puan, Saya Ms Summer dari Syarikat Wen Ken Sdn Bhd (Kilang Pembuatan Air Penyejuk Cap Kaki Tiga). Kami ingin mengetahui perkataan yang sesuai untuk menunjukkan seseorang dalam keadaan 'intense thirst'. Kami ingin menggunakan 'intense thirst' dalam indikasi baru untuk Air Penyejuk Cap Kaki Tiga, di mana Inggerisnya adalah" "Traditionally used to relieve fever, intense thirst and body heatiness." Harap Tuan/ Puan dapat membantu dan memberi cadangan yang sesuai untuk keadaan dahaga yang disebabkan oleh panas badan. Sekian terima kasih. | Untuk makluman puan, tidak terdapat istilah yang khusus untuk intense thirst. Walau bagaimanapun, dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah kedahagaan. | Istilah | 19.09.2012 |
| Apakah makna 'enable' , 'adjust' dan 'intense' di dalam bahasa malaysia? Terimakasih. | Merujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, makna bagi 'enable' ialah membolehkan ; memungkinkan; memberikan kesempatan. Manakala makna 'adjust' pula ialah menyesuaikan; membetulkan; melaraskan. Makna 'intense' ialah amat sangat; mendalam; kuat; hebat; sunguh-sunguh; penuh perasaan. Untuk rujukan seterusnya, sila rujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, terbitan DBP. Harap Maklum. | Makna | 22.12.2006 |
| Salam Mohon semakan terjemahan bagi ayat-ayat di bawah: A rich and intense dark coffee with notes of sweet fruits. Kopi pekat yang pahit dan kuat dengan aroma dengan perisa buah-buahan manis. Fresh and fruity medium roast with notes of chocolate and vanilla. An extraordinary single-origin coffee with a unique story to tell. Panggang sederhana berasa buah dan segar dengan aroma serta perisa coklat dan vanila. Kopi asal tunggal yang luar biasa dengan kisah unik untuk diceritakan. Premium coffee with a purpose. Uganda coffee farmers growing together through business, not charity. Every cup matters. Kopi premium dengan tujuan memanfaatkan. Peladang kopi Uganda bersama-sama berkembang melalui peniagaan, bukan kebajikan. Setiap cawan kopi itu penting. A medium-dark coffee with a good body, a fruity acidity and notes of cocoa in the aftertaste for a typical coffee experience. Kopi sederhana pekat dengan tekstur yang sederhana, keasidan berasa buah serta perisa koko dalam kesan rasa untuk merasai pengalaman kopi yang tipikal. Terima kasih. | Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2021 |