Interaksi sosial tentu sukar "berlaku" jika anggota masyarakat yang "terdiri" daripada pelbagai kaum dan bahasa tidak saling memahami bahasa masing-masing. adakah terdiri merupakan kata kerja? berlaku dan terdiri merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ? | Perkataan berlaku dan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Assalamualaikum.. Saya ingin tahu maksud ayat "Interaksi Tamadun dan Silang Budaya" | Interaksi Budaya merupakan istilah sosio budaya yang mempunyai maksud yang tersendiri. DBP mempunyai maksud mengikut istilah bahasa iaitu: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Interaksi -tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak . Silang Budaya- Mengikut istilah yang diterbitkan oleh DBP silang budaya bermakna - - Berkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. | Tatabahasa | 23.09.2012 |
interaksi | Menurut Kamus Dewan perkataan interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; | Lain-lain | 05.08.2007 |
Salam apakah perbezaan antara interaksi dan interaktif? Apakah contoh ayat yang bersesuaian dengan perkataan itu? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) hlmn. 835, interaksi dan interaktif bermaksud: Interaksi Tindak balas antara dua atau beberapa pihak dalam bentuk komunikasi, perbuatan, tingkah laku dan sebagainya. Contoh ayat: Kemajuan dalam bidang pengangkutan telah merapatkan lagi hubungan dan interaksi Kuala Lumpur dengan bandar-bandar yang lain. Interaktif 1. (Kata Adjektif) Saling bertindak, berhubung dan sebagainya antara satu sama lain. Contoh ayat: Bengkel kerja itu dapat mewujudkan suasana interaktif bagi menjalin hubungan antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri. 2. (Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi) (Berkenaan perisian) membolehkan pengaliran maklumat dua hala secara berterusan antara komputer dengan pengguna. Contoh istilah: permainan komputer interaktif | Makna | 09.01.2024 |
tuan, saya ada beberapa soalan yang menimbulkan kekeiruan: 1. suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka.( kesalahan jawapan ialah sesama) 2. aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat.(kesalahan: bermasyarakat) 3. pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. (kesalahan:pengulas) 4. perkhidmatan layan diri.(kesalahan di mana?) 5. kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.( kesalahan di mana?) 6. pelbagai jenis lauk-pauk( kesalahan di mana?) | 1. Suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka. - sesama bermaksud antara, ayat ini betul 2. Aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat. - yang betul 'aktivitis masyarakat', iaitu kata majmuk 3. Pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. - ayat ini betul kerana pengulas ialah orang yang bertugas memberikan ulasan terhadap kegiatan sukan itu 4. Perkhidmatan layan diri. - buang perkataan 'perkhidmatan' kerana tiada khidmat yang diberikan. 'Layan Diri' sahaja 5. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut. tiada kesalahan 6. Pelbagai jenis lauk-pauk - Frasa yang betul 'pelbagai jenis lauk' atau 'lauk-pauk' | Tatabahasa | 29.03.2011 |
Saya ingin bertanya, Interaksi antara kaum perlu dipertingkatkan dengan cara yang boleh difahami. Soalan saya, berkenaan perkataan "dipertingkatkan". Yang mana lagi tepat? "dipertingkatkan" atau "dipertingkat". Ada pihak memaklumkan perkataan dipertingkatkan itu salah. | Penggunaan “dipertingkatkan” dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 25.03.2019 |
Saya kurang pasti penggunaan istilah "engage/engagement" sama ada "interaksi" atau "penglibatan" dalam Bahasa Malaysia? Berikut adalah dua contoh penggunaan: Terima kasih. Improving public engagement in local government... Government maintains its effectiveness by engaging with citizens. | Merujuk contoh yang diberi, istilah yang sesuai ialah "penglibatan". | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2017 |
Apakah translasi betul Meet and Greet ialah Temu dan Tegur? "Tegur" di sini boleh disalah faham sebagai memperbetulkan atau ia cuma interaksi bila bertemu? Terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan “meet and greet” ialah “temu mesra”. | Makna | 21.05.2024 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah translasi yang sesuai untuk Distributed Collective Interaction? | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Distributed Collective Interaction" ialah interaksi kolektif teragih | Makna | 01.06.2021 |
Salam, saya ingin bertanya tentang maksud 'fungsi fizikal' yang terdapat dalam ayat berikut: Kemurungan bukan sahaja akan mengganggu kesihatan emosi dan mental, malahan fungsi fizikal dan interaksi sosial pesakit turut terganggu. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan fizikal sebagai badan, fungsi badan secara amnya. Walau bagaimanapun, penulis lebih memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan, selagi tidak tersasar daripada maksudnya yang sebenar. | Makna | 04.12.2015 |