Istilah bahasa melayu untuk"Tag Cloud"? | interchange-newline" /> Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "tag cloud". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kelompok perkataan. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.08.2017 |
Minta bantuan dapatkan perkataan jawi untuk : 1) KEDAI MENJUAL PERISIAN KOMPUTER | Salam sejahtera, KEDAI - کداي MENJUAL - منجوال interchange-newline" /> PERISIAN - ڤرايسين KOMPUTER- کومڤوتر Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.12.2019 |
Apa terjemahan yang disarankan bagi 'cervical incompetence' (perubatan)? | Terjemahan yang boleh digunakan bagi istilah 'cervical incompetence' ialah serviks tak kompeten. interchange-newline" /> | Penyemakan dan penterjemahan | 13.12.2019 |
Apakah wujud istilah khas untuk : 1. Killer bee 2.Acclimatizaion society contoh American Acclimatization Society 3.Sweepstakes contoh: Rare chance events that cause accidental dispersals are known as sweepstakes 4.Island hop contoh: It is thought that animals inhabiting carribean islands , island-hopped through the chain from South America 5. Great American Interchange 6.Filter bridge 7.Cretaceous Western Interior Seaway Kesemua istilah ini dalam bidang geografi/biologi/ekologi Terima kasih | Untuk makluman, kesemua istilah ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479159/21479163 untuk mengetahui sama ada istilah-istilah ini telah mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. | Istilah | 29.12.2014 |
Bolehkah saya menterjemah "Nerd" sebagai "Budak Skema"? | Padanan bahasa Melayu bagi nerd ialah nerda. Nerda bermaksud seseorang yang pintar dari segi pengetahuan dan kemahiran teknikal tetapi tidak pandai bersosial. Imej seseorang nerda ialah seseorang yang memakai cermin mata tebal dan dikelilingi oleh tabung uji dan komputer. Bill Gates, pemilik syarikat Microsoft sering kali dianggap seorang nerda yang telah berjaya. interchange-newline" /> | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2020 |
BAGANMAS SDN. BHD. NO. SYARIKAT : 676280-U PERKHIDMATAN : KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM, PEMBEKALAN, PENYEWAAN JENTERA, MESIN, LORI, PEMBERSIHAN KAWASAN DAN LAIN-LAIN 013-7440700 011-10770001 | interchange-newline" /> Sila layari http://dbpsahbahasa.my/default untuk penyemakan dan pengesahan bahasa dalam iklan. Terima kasih. | | Lain-lain | 08.02.2018 |
Saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan mee/mi (yang merujuk kepada mi kuning). Dalam kamus online BM-BI hanya ada perkataan mihun = noodle (yang merujuk kepada mi halus berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras). Mohon bantuan. | Dalam pangkalan data kami pula, noodle bermaksud seperti yang berikut: interchange-newline" /> Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain. | Oleh yang demikian, noodle juga merujuk kepada mi kuning. | Makna | 14.08.2017 |
Assalmualaikum. Saya ini bertanya, apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk spring? Adakah seutas spring? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Untuk itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk spring. | interchange-newline" /> | Tatabahasa | 01.07.2020 |