Terjemah sesuai bagi "Skeuomorphism". Skeuomorphism is a term most often used in graphical user interface design to describe interface objects that mimic their real-world counterparts in how they appear and/or how the user can interact with them. (Teknologi) | Cadangan padanan bagi istilah skeuomorphism dalam bahasa Melayu ialah skeuomorfisme. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 30.03.2025 |
apakah terjemahan Interface Description Document atau ringkasnya IDD? Istilah Teknologi Maklumat. | Istilah Interface Description Document tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berdasarkan contoh lain yang ada seperti page description language, padanannya ialah bahasa perihalan halaman, kami cadangkan istilah Interface Description Document padanannya ialah Dokumen Perihalan Antara Muka. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.12.2010 |
Assalamualaikum.. Saya sedang menulis tesis phD Multimedia berkenaan antara muka = user interface dan saya pohon tuan mncadangkan istilah bahasa melayu DBP untuk NATURAL USER INTERFACE yang digunakan dalam teknologi multimedia memandangkan istilah ini tiada dalam carian kata web ini | Kami mencadangkan natural user interface diterjemahkan kepada antara muka pengguna lazim, walau bagaimanpun jika cadangan kami ini kurang tepat mohon kerjasama tuan mengemukakan konteks penggunaan perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.08.2014 |
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai untuk perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat. Definisi Wizard - "A user interface that presents a dialogue box to lead the user through a sequence of small steps" Bolehkah perkataan "Wizard" diterjemahkan sebagai "kotak bestari?" | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. | Istilah | 04.11.2022 |
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai untuk perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat. Definisi Wizard - interface that presents a dialog box to lead the user through a sequence of small steps.> Bolehkah diterjemahkan sebagai "kotak bestari?" | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. | Makna | 04.11.2022 |
Installation is just a few clicks away. No need to configure Routers or Firewalls for PC remote access. Installation on a remote PC is optional. Friendly web-based interface. | Harap maaf, pihak kami tidak memahami soalan yang dikemukakan oleh sdr. Sila gunakan Bahasa Melayu yang betul dan soalan yang diajukan pula hendaklah jelas. Harap maklum. | Lain-lain | 07.10.2010 |
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai bagi perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat di mana "Wizard" merujuk kepada :- interface that presents a dialogue box to lead the user through a sequence of small steps> | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. | Makna | 04.11.2022 |
Hi admin sy josephine dari HY PLASTIC TRADING KILANG KAMI NAK DAFTAR IKLAN Saya sdh 3 KALI DAFTAR DI( http://sbmb.dbp.gov.my) papan iklan tapi tidak lulus kenapa ye? Sistem Bahasa Melayu Bersepadu - Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malaysia sbmb.dbp.gov.my Josepin Elshadai Josepin Maklumat Permohonan No. Pendaftaran 32308/2017 Jenis Pengesahan * Iklan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Nilai (sila pilih satu PBT atau pilih "Pihak Berkuasa Tempatan" dari senarai untuk lebih dari satu PBT) Nama Institusi/Syarikat HY PLASTIC RECYCLE TRADING Tajuk Iklan* PEJABAT URUSAN Display virtual keyboard interface Lampiran * (format fail yang dibenarkan - jpg dan gif, maksimum fail - 2MB) Lampiran Semasa: SSM.JPG Choose file * Sila masukan Lampiran Teks dalam Iklan HY PLASTIC RECYCLE TRADING GST ID: 001012731904 Display virtual keyboard interface Kemas Kini Keluar Sejarah Pengesahan Bilangan Pengesahan : 1 - Tarikh Mula Proses Permohonan : 29/05/2017 07:31 - Tarikh Pengesahan : 29/05/2017 14:09 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Tiada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. DBP tidak mengesahkan logo atau nama syarikat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti “PEJABAT URUSAN” di ba | Kami telah membuat semakan berkaitan iklan (32308/2017) dan kami dapati lampiran yang saudara sertakan ialah "visual Perakuan Pembaharuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956" dan status permohonan tidak diluluskan kerana dan tidak menepati/bukan Visual Papan Iklan Premis. Saudara perlu lampirkan visual Iklan Premis untuk membuat pengesahan semula ke laman Pengesahan Bahasa DBP http://dbpsahbahasa.my/. | Lain-lain | 08.06.2017 |
Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin Lean manufacturing - pembuatan Lean vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut: blockchain - blok rantai infotainment - maklumat hibur Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 08.09.2021 |