Salam sejahtera. Soalan saya ialah manakah yang betul antara "Perdana Menteri Interim" dengan "Perdana Menteri interim"? | Ejaan yang betul ialah Perdana Menteri Interim. | Ejaan | 15.10.2021 |
1.Apakah maksud perkataan Dartaf Interim | Daftar interim bermaksud daftar yang bersifat sementara. | Makna | 04.02.2010 |
1.Apakah maksud perkataan Daftar Interim ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna interim ialah bersifat sementara (sehingga satu penyelesaian yg mantap dicapai): perjanjian ~; buku ~. Oleh itu daftar interim bermaksud pendaftaran sementara. | Makna | 26.01.2010 |
Saya ingin mencadangkan terjemahan istilah. Caretaker Government = Kerajaan Pemangku. Interim Government = Kerajaan Sementara. Ini kerana wujud perbezaan antara dua istilah ini. Caretaker memiliki kuasa yg terhad sementara interim pula memiliki kuasa penuh tetapi tempoh masa yang terhad. | Untuk makluman puan, ahli jawatankuasa istilah semasa Dewan Bahasa dan Pustaka telah bersetuju dengan istilah caretaker government sebagai kerajaan sementara. Terima kasih atas cadangan tersebut, kami ambil maklum cadangan puan untuk dibincangkan semula kepada pihak yang berkenaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2021 |
Tuan/Puan, Saya ingin tanya Bahasa Melayu untuk Inception Report dan Interim Report. Sekian, terima kasih. Felicia Chua MAMPU, JPM | Padanan Inception Report ialah Laporan Awal, iaitu Laporan sesuatu kajian untuk mendapatkan persetujuan bidang tugas antara klien dengan pengkaji. Padanan Interim Report ialah Laporan Interim, iaitu laporan sementara yang disediakan oleh mana-mana jawatankuasa ataupun individu sebelum tarikh laporan akhir. | Istilah | 18.09.2014 |
Salam sejahtera, Soalan saya ialah kaedah untuk mengeja neomodenisme. Adakah neo-modenisme atau neomodenisme? Begitu juga dengan kata pinjaman yang lain-lain yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Sekian. | Salam sejahtera, 1. Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa. Berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan: i. Istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kelas, kelab: tidak diubah. ii. Istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti ad hoc dan ad interim: pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber. ii. Istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaipkan diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih terlibat. Ini memudahkan pengenalan istilah baharu itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber. Contohnya ae jika bervariasi dengan e = e seperti: aesthetic = estetik haemoglobin = hemoglobin haematite = hematit 2. Ejaan yang betul ialah neomodisme (dieja rapat). Neo- ialah awalan asing dan sekiranya awalan ini bergabung dengan kata nama khas (sekiranya ada), perlulah diletakkan tanda sempang, misalnya pro-Malaysia dan pan-Asia. Terima kasih. | Ejaan | 17.01.2025 |