| saya nak tahu maksud interior design | Interior design bermaksud reka bentuk dalaman. | Istilah | 14.02.2008 |
| Pejabat Urusan EZT Interior Design & Build Dimiliki Oleh : EZT Interior Design & Build Sdn Bhd ( 1008364-A ) | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Jika berkaitan dengan pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 29.09.2015 |
| tolong cadangkan dalam bahasa malaysia untuk papan iklan untuk perkataan tersebut :- 1. interior design , 2. snooker Terima kasih. | 1. interior design - reka bentuk dalaman 2. snooker - snuker | Makna | 29.05.2008 |
| Hiasan Dalaman RED HOT Construction.Interior Design.Home Decor No sykt: NS1170086V | Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik daftar iklan dan pilih jenis iklan - Papan Premis Bayaran. Semua tatacara ada dimuatkan dalam laman web berkenaan. | Lain-lain | 06.12.2017 |
| kedai pameran red hot construction interior design home decor no sykt NS1170086V | 1. KEDAI PAMERAN tukar kepada KEDAI PERABOT atau PUSAT PAMERAN PERABOT 2. Terjemahkan Bahasa inggeris kepada Bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris) Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my, klik DAFTAR AKAUN dan pilih DAFTAR IKLAN. Pilih jenis iklan - PAPAN PREMIS dan buat bayaran sebanyak RM10. | Lain-lain | 28.11.2017 |
| Salam, saya ingin menterjemahkan yang berikut: English: Numerical Analysis Based Performance Investigation of Interior Permanent Magnet Synchronous Motor Drive. BM: Analisis Berangka Berdasarkan Penyelidikan Prestasi Terhadap Magnet Kekal Dalaman Pemacu Motor Segerak. Adakah betul? Mohon pandangan | Berdasarkan ayat bahasa Inggeris, terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Penyiasatan Prestasi Berdasarkan Analisis Berangka Terhadap Pemacu Motor Segerak Magnet Dalaman Kekal. | Istilah | 22.07.2013 |
| Seperti yang dikatakan oleh CariCarz, TIGGO 7 PRO serba baharu bukan sekadar elegan dari segi bentuk luaran dan interior, ia juga lengkap dengan sistem bantuan pemandu ADAS dengan 17 fungsi. Is it dari segi or daripada segi? | Penggunaan perkataan yang betul ialah dari segi. | Tatabahasa | 19.06.2024 |
| Apakah wujud istilah khas untuk : 1. Killer bee 2.Acclimatizaion society contoh American Acclimatization Society 3.Sweepstakes contoh: Rare chance events that cause accidental dispersals are known as sweepstakes 4.Island hop contoh: It is thought that animals inhabiting carribean islands , island-hopped through the chain from South America 5. Great American Interchange 6.Filter bridge 7.Cretaceous Western Interior Seaway Kesemua istilah ini dalam bidang geografi/biologi/ekologi Terima kasih | Untuk makluman, kesemua istilah ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi melalui talian 03-21479159/21479163 untuk mengetahui sama ada istilah-istilah ini telah mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. | Istilah | 29.12.2014 |