Adakah ada penggunaan Internal dalam BM dalam terma pelancongan?. Internal tourism expenditure = Perbelanjaan pelancongan Internal (Perlu italic atau tidak)? | Tiada padanan bahasa Melayu untuk Internal tourism expenditure dalam rujukan DBP. Mohon puan dapat memberikan konteks penggunaan dalam ayat bagi mendapatkan padanan yang sesuai bagi Internal tourism expenditure. Padanan istilah bergantung pada makna istilah, sama ada perbelanjaan pelancongan dalaman adalah bersesuaian atau ada padanan lain yang lebih tepat. | Istilah | 12.09.2017 |
internal | jarak waktu, waktu selang | Lain-lain | 09.04.2007 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggabungan bahasa Inggeris. Contoh : internalnya. Perlukah diletakkan sengkang 'internal-nya' atau 'internalnya'? Jika internalnya, tanpa sengkang, haruskah diitalikkan internal sahaja? Begitu juga dengan perkataan arab yang berimbuhan? Diitalikkan kata asingnya sahaja? Sekian, terima kasih. | Padanan untuk kata bahasa Inggeris ‘internal’ ialah ‘dalaman”. Peraturan bahasa Melayu tidak membenarkan perkataan bahasa Melayu digabungkan dengan perkataan bahasa lain, kecuali perkataan asing tersebut telah diserap dalam bahasa Melayu dan melalui proses pembentukan istilah bahasa Melayu. Kata pinjaman harus dieja miring (italik) dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2015 |
Apakah terjemahan kepada Bahasa Malaysia bagi perkataan seperti di bawah: INTERNAL SURVEY FOR FINANCIAL LITERACY BASELINE (FLB) Contoh: A. Kajiselidik dalaman untuk garis dasar celik kewangan B. Kajiselidik dalaman untuk asas celik kewangan tq | Terjemahan yang dicadangkan untuk "Internal Survey for Financial Literacy Baseline (FLB) ialah Kaji Selidik Dalaman untuk Garis Dasar Celik Kewangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2016 |
Saya ingin bertanyakan istilah bagi 'internal border control' yang merujuk kepada kawalan sempadan dalaman. Terima kasih. | Internel border control boleh diterjemahkan kepada kawalan sempadan dalaman atau kawalan sempadan dalam negara (atau negeri). | Penyemakan dan penterjemahan | 06.08.2019 |
Apakah istilah bahasa Melayu untuk 'unboxing'? | internal-guid-e7b8c5c8-7fff-e542-200c-b08ac3c43bf7" style="font-weight: normal;">Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "unboxing" ialah membuka kotak bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 29.04.2021 |
Apakah maksud arkib? | internal-guid-8c98672f-7fff-51dd-f12f-0fcde1ece23a">Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “arkib” bermaksud: 1. tempat menyimpan segala bentuk bahan yang mempunyai nilai sejarah sama ada yang dimiliki oleh kerajaan, orang perseorangan atau pihak tertentu 2. kumpulan dokumen dan piagam yang mempunyai nilai sejarah yang disimpan di tempat tertentu 3. tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama | Makna | 23.08.2022 |
Apakah translasi innovation excellence dalam BM? | internal-guid-fa8b113e-7fff-8e03-9853-9793ac8c7f95">Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "innovation excellence" ialah kecemerlangan inovasi bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 10.08.2022 |
Salam. Maksud "cooler box" dalam Bahasa Melayu apa? Terima kasih | internal-guid-f3644c5c-7fff-9726-e7e1-d308d0be773d" style="font-weight: normal;">Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "cooler box" ialah kotak pendinginan. | Makna | 25.03.2021 |
Apakah istilah bahasa melayu untuk "restricted audience"? | internal-guid-038f86c5-7fff-4075-f89a-a9ff75cd76e7">Padanan bahasa Melayu untuk perkataan “restricted audience” ialah khalayak terhad. | Istilah | 06.08.2022 |