Apakah istilah Melayu bagi kata "internship"? Kita maklum bahawa "praktikum" istilah Melayu bagi "practicum", iaitu latihan mengajar selama beberapa bulan di sekolah. "Praktikum" tidak mungkin disamakan dengan "internship" dalam konteks pendidikan. "Praktikum" memfokuskan pengaplikasian kaedah pengajaran dan segala teori pendidikan yang dipelajari di sekolah, manakala "internship" pula memfokuskan pengumpulan data di sekolah untuk penullisan tesis. Oleh itu, apakah istilah Melayu padanan yang paling tepat untuk kata "internship" berdasarkan buku peristilahan DBP? | Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan internship. Walau bagaimanapun, kami akan mencadangkan beberapa padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut yang mungkin bersesuaian dengan konteks dan konsep penggunaan tuan, antaranya ialah latihan amali, latihan dalaman atau latihan praktikal.
| Istilah | 28.12.2020 |
Salam sejahtera, Adakah perkataan "pelatih magang" sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan "pelatih internship"? Sekiranya tidak, mohon saranan DBP bagi penggunaan tepat untuk "pelatih internship" yang ditempatkan di jabatan kerajaan. Terima kasih DBP. | Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan pelatih internship. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan beberapa padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut yang mungkin bersesuaian dengan konteks dan konsep penggunaan tuan, antaranya ialah pelatih amali, pelatih dalaman atau pelatih praktikal. Di Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri, kami menggunakan Pelatih Latihan Industri bagi pelajar IPT yang menjalani latihan praktikal di sini. | Lain-lain | 11.10.2023 |
Frasa dalam BM: - internship - cross-over T.Kasih | Istilah bahasa Melayu untuk internship ialah latihan amali. Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk cross-over, iaitu lintas, melintas, bersilang, menyeberang, silang atas, pintas langsung dan pindah silang. | Istilah | 01.07.2011 |
Mohon frasa dalam BM: - internship - cross-over T.kasih | Istilah bahasa Melayu untuk internship ialah latihan amali. Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk cross-over, iaitu lintas, melintas, bersilang, menyeberang, silang atas, pintas langsung dan pindah silang. | Istilah | 01.07.2011 |
Mohon terjemahan dalam Bahasa Melayu: (1) internship (2) joint degree, double degree dan dual degree Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus bagi istilah yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: 1. internship - latihan amali 2. joint degree - ijazah bersekutu 3. double degree atau dual degree - dwiijazah | Istilah | 05.04.2012 |
Syifa Hisa Aug 22nd, 2:08pm assalamualaikum, saya dari mahasiswi universiti brunei darussalam, saya telah memohon internship di dewan bahasa KL semester ini, adakah pihak tuan sudah menerima pemohonan tersebut? | Permohonan tuan boleh dikemukakan melalui Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Jonid melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 22.08.2015 |
Ashykeen Assrule Ar Aug 10th, 2:08pm asalamualaikum , saya Faezor Ashikin Aspar dari University Brunei Darussalam hendak menyanyakan soalan adakah pihak DBPKL sudah menerima email dari pihak UBD berkenaan internship di DBPKL? | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Akademi DBP, melalui ketuanya Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 10.08.2015 |
ID Nai SAT 13:16 ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan ID Nai Nai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan Saya, Nur Asrina Idris, Mahasiswa Tahun 3 dari Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Komunikasi Profesional dan Media ingin mengetahui jika pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia ada menawarkan penempatan latihan praktikal industri (internship). Program latihan praktikal industri (internship) tersebut adalah salah satu program yang dikelolakan oleh Universiti Brunei Darussalam bagi pelajar Tahun 3. Program tersebut akan diadakan selama 14 minggu bermula bulan Februari/Mac 2017. Besarlah harapan saya jika pihak Tuan dapat memberikan jawapan dalam masa terdekat. Sekian, Terima kasih. | Segala program yang berkaitan dengan latihan industri dan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Ketua Bahagian Tuan Haji Abang Padeli bin Abang Muhi, e-mel apam@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479000/01/02. | Lain-lain | 07.01.2017 |