Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ter.per.so.nal] | اينترڤرسونل

Definisi : bkn hubungan sesama manusia: hubungan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata interpersonal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'interpersonal' wujud dalam bahasa melayu? Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'interpersonal relations'? 'Hubungan interpersonal' atau 'Hubungan antara perorangan'?Interpersonal diterjemahkan kepada antara perseorangan, selain istilah interpersonal itu sendiri dikekalkan seperti dalam bidang perubatan, sosiologi dan komunikasi.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2014
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Saya ingin mendapatkan kepastian berkaitan terjemahan bagi perkataan Interpersonal Communication. Adakah ianya Komunikasi Antarapersonal atau Komunikasi Antarpersonal atau komunikasi Antara personal. Sekiranya ia adalah nama khas seperti nama jabatan, cth Interpersonal Communication Department maka apakah terjemahan di dalam bahasa melayunya? Terima kasih"Interpersonal Communication Department" boleh diterjamahkan dalam bahasa Melayu sebagai "Jabatan Komunikasi Interpersonal".  Terima kasih.Makna09.01.2018
apakah maksud interpersonal?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, interpersonal bermaksud berkenaan hubungan sesama manusia.Makna11.02.2007
1.Nyatakan perbezaan antara interpersonal dengan intrapersonal 2.Penggunaan ialah dengan adalahInterpersonal membawa maksud komunikasi dua arah. Intrapersonal lebih membawa maksud komunikasi satu arah, (monolog dalaman diri seseorang). Penggunaan ialah selalunya diikuti dengan penggunaan kata nama, manakala adalah selalunya diikuti dengan kata sendi dan kata hubung. Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami.Makna11.10.2006
apa itu kemahiran komunikasi takrif komunikasi interpersonal dan intrapersonalKemahiran komunikasi ialah kemahiran berhubung antara penghantar (sumber) dan penerima (sasaran) melalui medium komunikasi. Komunikasi interpersonal adalah seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi perseorangan, komunikasi bersemuka. Komunikasi intrapersonal ialah komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang seperti monolog yang ditujukan kepada diri sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh merujuk mana-mana Jabatan Komunikasi di IPTA dan IPTS.Lain-lain08.01.2008
apakah fungsi bahasa melayu dan komunikasi interpersonal..

Saudara Ismah,

Fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, bahasa perpaduan. Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih daripada seorang individu), atau antara manusia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain14.04.2010
SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI BAHASA MELAYU. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOMUNIKASI DAN PERANANNYA. SATU LAGI,APAKAH MAKSUD KOMUNIKASI INTERPERSONAL DAN INTRAPESONAL?Komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain". Komunikasi interpersonal merujuk proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu), atau antara maknusia, manakala komunikasi intrapersonal ialah kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain08.01.2009
Assalaamualaikum wbt, dan salam sejahtera Tuan/puan Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah berikut: 1. discretionary work effort 2. interpersonal justice 3. informational justice 4. organisational commitment Sekian dan terima kasih.Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “discretionary work effort”. Walau bagaimanapun, berdasarkan carian kami melalui sumber dari internet, discretionary work effort bermakna usaha seseorang dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi tahap keperluan minimum organisasi atau majikan.

Bagi perkataan "interpersonal justice", pihak kami mencadangkan terjemahan yang bersesuaian iaitu keadilan sesama manusia manakala bagi perkataan "informational justice", pihak kami mencadangkan keadilan dalam memberikan maklumat. Bagi perkataan "organisational commitment", pihak kami mecadangkan komitmen organisasi.
Makna20.05.2019
Salam sejahtera, Saya mohon dapatkan perkataan dalam bahasa melayu bagi perkataan inggeris berikut: 1) animosity, 2) perceived egregiousness, 3) perceived efficacy, 4) religiosity, 5) susceptibility to interpersonal influence. Kesemua perkataan tersebut digunakan dalam konteks penyelidikan berkaitan boikot. Terima kasih.1) animosity - kemarahan
2) perceived egregiousness - memperbesarkan anggapan
3) perceived efficacy - keberkesanan anggapan
4) religiosity - kewarakan
5) susceptibility to interpersonal influence - perasaan sensitif terhadap pengaruh hubungan sesame manusia

Untuk makna yang lebih tepat, mohon tuan untuk merujuk kamus atau agensi penterjemahan seperti Persatuan Penterjemahan Malaysia dan ITBM berkaitan perkara ini.
Makna21.11.2018
1.HURAIKAN FUNGSI BAHASA 2.TERANGKAN KENAPA BAHASA PENANDA SOSIALISASIDalam pengertian khusus, peranan bahasa lebih digemari berbanding fungsi bahasa. Peranan bahasa sebagai alat untuk tujuan tertentu dalam kehidupan penutur. (sebagai kumpulan atau masyarakat sesebuah negara, suku kaum, dll.) Terdapat tiga fungsi bahasa iaitu Ideational yang berkaitan dengan idea. Ia meliputi apa yang difikirkan dan apa yang ada dalam minda. Kedua, Interpersonal iaitu antra individu. Penghasilan banyak bahasa yang dikeluarkan semasa proses ini. Ketiga, Textual iaitu apa yang ditulis dalam perenggan.Bahasa wujud dalam teks dan susunan ayat yang bersistematik. Bahasa dikatakan sebagai petanda sosialis kerana akan wujud persoalan identiti bahasa kebangsaan, identiti kerjaya, identiti status sosial dan, identiti kumpulan yang mempunyai minat yang sama.Lain-lain28.08.2006

Kembali ke atas