Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ti.ha] | انتهاء

Definisi : Ar akhir, penghabisan, penutup, perhentian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intiha


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah cara penggunaan perkataan intiha dalam konteks ayat yang betul?Intiha bermaksud penghabisan atau penutup, maka penggunaan kata tersebut dalam ayat perlulah disesuaikan dengan konteksnya.Tatabahasa05.10.2014
maksud perkataan intihanya, marcapada, uhwah,Perkataan intihanya tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah intiha (bahasa Arab) yang bermaksud akhir, penghabisan, penutup, dan perhentian. Marcapada ialah bahasa klasik atau sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini, manakala ukhuwah  bermaksud persaudaraan.Makna01.11.2010
Adakah perkataan 'Intihanya' yang membawa maksud 'kesimpulannya' boleh digunakan. Carian perkataan ini di dalam Kamus Dewan mahupun PRPM tidak dijumpai. Mohon pencerahan. Terima kasih.Perkataan intihanya tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah intiha (bahasa Arab) yang bermaksud akhir, penghabisan, penutup, dan perhentian.Ejaan13.06.2017
Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya.Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan.Lain-lain26.05.2018

Kembali ke atas