Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.trin.sik] | اينترينسيک

Definisi : sbg sebahagian drpd sifat atau ciri seseorang atau sesuatu: perubahan ~ yg berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg orang Melayu yg terpengaruh dgn budaya; kekreatifan sebahagian besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap, nilai, dan dorongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata intrinsik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam kursus pengantar untuk metematik ada menggunakan perkataan "intrinsik".apa maksud penggunaannya..

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, intrinsik didefinisikan sbg sebahagian drpd sifat atau ciri seseorang atau sesuatu: perubahan ~ yg berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg orang Melayu yg terpengaruh dgn budaya; kekreatifan sebahagian besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap, nilai, dan dorongan.

Istilah10.07.2009
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.1.      Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 

     2.  Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang     membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa.

Lain-lain15.10.2010
apa maksud bagi nilai ekstrinsik dan nilai instrinsik

Berdasarkan Kamus  Dewan Edisi Keempat, ekstrinsik bermaksud berasal atau bertindak dr luar, manakala intrinsik bermaksud sbg sebahagian drpd sifat atau ciri seseorang atau sesuatu: perubahan ~ yg berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg orang Melayu yg terpengaruh dgn budaya; kekreatifan sebahagian besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap, nilai, dan dorongan.

 

Istilah15.01.2010
saya ingin bertanya dalam penulisan tesis. adakah perkataan relevance dalam bahasa melayu : Perkaitan atau Relevan. Contoh seperti perenggan di bawah : Perkaitan (Relevance) Faktor kedua iaitu perkaitan (relevance) menekankan kepentingan menghubungkan kandungan pembelajaran dengan minat, keperluan dan matlamat murid. Hagay dan Baram-Tsabari (2015) mencadangkan bahawa pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid dapat meningkatkan motivasi intrinsik mereka. terima kasih

Padanan bahasa Melayu bagi istilah relevance ialah kaitan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.

Istilah23.08.2025

Kembali ke atas