| Salam. Saya ingin bertanya, apakah padanan terbaik untuk ayat 'necessity is the mother of invention' dalam ayat bahasa Melayu ataupun peribahasa Melayu? Terima kasih. | Salam Saudara. Cadangan padanan kami ialah "Kerana keperluan manusia, lahirlah reka cipta". Namun begitu, bagi dijadikan tajuk novel atau karya kreatif, antara cadangan kami termasuklah "Indah Tercipta", "Anugerah Tercipta", dan "Ilham Tercipta". | Penyemakan dan penterjemahan | 11.06.2014 |
| Saya ingin menggunakan perkataan ini "reinvensi Tradisi" dalam tajuk tesis saya. Perkataan ini saya alihbahasa dari perkataan bahasa Inggeris iaitu "tradition reinvention". Diharapkan pihak tuan dapat mengesahkan jika saya boleh mengunakan perkataan tersebut. | Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan kata invention ialah ciptaan atau berkaitan dengan penciptaan. Oleh sebab sdr tidak memberikan jenis bidang pembelajaran (judul tesis) sdr, rangkai kata "tradition reinvention" dapat dipadankan secara umum ialah "Tradisi Penciptaan Semula". | Istilah | 23.06.2009 |
| apakah maksud teori public sphere bagi DBP? | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Berikut hasil carian menggunakan kemudahan KAWAT DBP mengenai "public sphere": | | JUDUL | PENGARANG | PENERBIT | TAHUN TERBIT | NO KELAS | |  | The Crisis of Literature in the 1790 : print culture and the public sphere | Keen, Paul | Tiada maklumat | 1999 | 899.22109 Kee | Terperinci |  | The invention of politics in colonial Malaya | Milner, Anthony | Tiada maklumat | | 959.5 Mil | Terperinci | | 1 |
Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Hasil carian menunjukkan banyak maklumat mengenai "public" dan "sphere". Selamat mencuba. | Lain-lain | 10.03.2009 |