Saya ingin bertanya mengenai terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi istilah 'Investment Facilitation'. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "investment facilitation" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk "investment", iaitu pelaburan dan istilah untuk "facilitation" ialah pemudahan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "investment facilitation" ialah pemudahan pelaburan. | Istilah | 02.07.2013 |
Tuan/Puan Salam sejahtera dan terima kasih atas bantuan. "Investment Bundle" merujuk kepada pelbagai jenis pelaburan yang boleh dilabur sekaligus dengan bank. Apakah terjemahan "Investment Bundle" yang paling sesuai - Ikatan Pelaburan, Berkas Pelaburan, Gabungan Pelaburan, Pakej Pelaburan atau terjemahan lain? | Dalam bidang ekonomi, istilah bahasa Melayu untuk consumption bundle ialah longgokan penggunaan. Berdasarkan istilah tersebut, kami mencadangkan investment bundle diterjemahkan kepada Pelaburan Longgokan. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2019 |
Apakah padanan Bahasa Melayu bagi 'non-registering local bank', 'sponsored closely held investment vehicles' dan 'limited life debt investment entity'? | Sila kemukakan cadangan terjemahan frasa tersebut dalam bahasa Melayu dengan mengambil kira konsep/makna frasa tersebut untuk semakan kami. Kami tidak dapat mencadangkan terjemahan kerana pihak tuan yang mengetahui konsep penggunaan frasa tersebut dalam keseluruhan teks. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.01.2015 |
Adakah istilah pelaburan komited adalah terjemahan yang sesuai untuk committed investment, atau lebih sesuai ditukar kepada komitmen pelaburan? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah committed investment ialah pelaburan terikat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.10.2023 |
Mohon kerjasama meneliti terjemahan Bahasa Melayu bagi jabatan-jabatan ini :- (1) Corporate Affairs & Communications - Hal Ehwal Korporat & Komunikasi (2) Financial & Management Audit - Audit Kewangan & Pengurusan (3) Investment Analysis - Analisa Pelaburan (4) Equity Market Operations - Operasi Pasaran Ekuiti (5) Fixed Income - Pendapatan Tetap (6) Performance & Portfolio Assessment - Penilaian Portfolio & Prestasi (7)Public Equity - Ekuiti Awam (8) Private Investment - Pelaburan Swasta (9) Corporate Planning & Strategy - Strategi & Perancangan Korporat (10) Landbanking - Perbankan Tanah (11) Investment Property - Pelaburan Harta (12) Affordable Housing - Perumahan Mampu Milik (13) Marketing & Sales - Pemasaran & Jualan (14) Agent Management & Customer Relations - Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan (15) Unit Trust Strategy & Product Management - Strategi Unit Amanah & Pengurusan Produk (16) Business Solutions - Solusi Perniagaan (17) Branch Management & Supervision - Pengurusan & Penyeliaan Cawangan (18) Unit Trust Operations & Record Administration - Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod (19) Investment Processing - Pemprosesan Pelaburan (20) Management Information System - Sistem Maklumat Pengurusan Terima kasih. | 1. Simbol & perlu dieja penuh "dan". 2. Investment Analysis = Analisis Pelaburan 3. Pelaburan Harta atau Harta Pelaburan? Kerana padanan bahasa Inggeris ialah Harta Perlaburan 4. Business Solutions = Penyelesaian Perniagaan | Penyemakan dan penterjemahan | 26.01.2017 |
Assalamualaikum, Saya ingin meminta bantuan istilah padanan paling sesuai bagi perkataan 'Recoverability' dan 'recoverable amount' dalam konteks tersebut (istilah 'pemulihan' pada saya, tidak sesuai digunakan): "Recoverability of the Group’s investment in an associate" "The recoverable amount of investment" Ayat-ayat di atas, pada saya, lebih merujuk kepada perolehan semula. Harap DBP dapat membantu. Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk perkataan yang berikut: Recoverability = Kebolehpulihan Recoverable amount = Jumlah boleh pulih/Jumlah boleh dapat balik Terima kasih. | Istilah | 11.10.2018 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah terjemahan untuk "What is the maximum loss you are willing to tolerate before selling your investment?" ialah "Berapakah jumlah kerugian maksimum yang anda sanggup bertoleransi sebelum menjual pelaburan anda?" Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi "what is the maximum loss you are willing to tolerate before selling your investment?" ialah berapakah jumlah kerugian maksimum yang sanggup anda terima sebelum menjual pelaburan? | Penyemakan dan penterjemahan | 03.10.2021 |
List of Top 30 Equity Investment Holdings by Percentage of Issued Shares as at 31st December 2014 Apakah terjemahan dalam bahasa malaysia bagi perkataan di atas: Pilihan 1: Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham Setakat 31 Disember 2014. | Untuk makluman tuan, kami telah menyemak teks berbahasa Melayu berkenaan, bukannya terjemahan. Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham sehingga 31 Disember 2014. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.02.2015 |
Assalammualaikum, mohon semak terjemahan ini; "Nurturing Your Investment" = "Memelihara Pelaburan Anda" atau "Meningkatkan Pelaburan Anda". Tagline ini akan digunakan untuk paparan iklan billboard. Terima kasih. | Cadangan jawapan yang sesuai ialah "Meningkatkan Pelaburan Anda". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.10.2023 |
Terima kasih atas respons tuan/puan. Berikut adalah teks asal dalam Bahasa Inggeris dan cubaan terjemahan saya dalam Bahasa Melayu: English: Certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) includes non-registering local bank, FFI with low value accounts, sponsored closely held investment vehicles, or limited life debt investment entities. Bahasa: Institusi Kewangan Asing Diperakui sebagai Patuh (“DCFFI”) termasuk bank tempatan berlesen, FFI dengan akaun nilai rendah, instrumen pelaburan pegangan rapat ditaja, atau entiti pelaburan hutang hidup terhad. Mohon pandangan tuan/puan tentang terjemahan istilah-istilah saya itu. Terima kasih. | Dalam data kami deemed interest dan deemed derived diterjemahkan kepada anggap patuh dan anggap peroleh, kami mencadangkan certified Deemed Compliant Foreign Financial Institution (“DCFFI”) diterjemahkan kepada Institusi Kewangan Asing Anggap Patuh diperakui. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.01.2015 |