SAYA MEMERLUKAN BEBERAPA CONTOH SURAT KERTAS KERJA BERKAITAN LAPORAN TUGASAN, LAPORAN AKHLAK, INVOICE KEWANGAN UTK TUGASAN ATAU YG BERKAITAN DARI PIHAK PEGAWAI UNTUK PENGURUS SESEBUIAH SYARIKAT, UNTUK RUJUKAN PENGURUS TENTANG KERJA YG SEDANG DILAKUKAN. | Dokumen yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku yang berkaitan seperti Penulisan Laporan dan Kesantunan Berbahasa dalam Penggunaan Pentadbiran dan Media karya Asmah Haji Omar serta. | Lain-lain | 17.12.2011 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa "on the go"? Frasa digunakan pada aplikasi telefon pintar dan membawa maksud mudah di pakai di mana-mana sahaja. Contoh ayat: Add invoice instantly on the go. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | DBP mencadangkan frasa on the go diberikan padanan mudah alih untuk merujuk telefon pintar (alat, peranti) yang mudah digunakan di mana-mana sahaja. | Istilah | 13.08.2018 |
Mohon Pengesahaan bahasa menterjemahkan dari bahasa English ke bahasa melayu. All cheques are to be made payable to The Print Master. We reserve the right to charge interest @1.5% per month if payment is not made within 30 days from invoice date. Semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Terima Kasih | Ayat yang telah dibertulkan adalah seperti yang berikut: Semua cek hendaklah dibuat atas nama The Print Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Nama syarikat merupakan nama khas dan tidak perlu diterjemah ke bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.02.2015 |