Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Institusi Pengajian Tinggi Swasta, mis Universiti Petronas, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Multimedia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipts


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah cadangan yang baik untuk menjadikan bahasa melayu sebagai pengantar di IPTS? adakah dengan meminda akta IPTS 1996 fasal (1) dan fasal 41 boleh menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS?Untuk mengubah akta adalah di bawah kuasa Parlimen. Oleh sebab soalan sdr menjurus pada akta IPTS, kami mencadangkan sdr menghubungi  jabatan pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 88835944 atau www.mohe.gov.myLain-lain03.03.2008
Saya ingin bertanya. Selalunya pelajar sekolah rendah dipanggil murid. Pelajar sekolah menengah dipanggil pelajar. Manakala pelajar di universiti dipanggil mahasiswa @ mahasiswi. Manakala pelajar di peringkat IPTA @ IPTS pula diberi gelaran apa?Pelajar pada peringkat IPTA dan IPTS juga dipanggil sebagai mahasiswa dan mahasiswi.Tatabahasa12.10.2015
IPTA= Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTS= Institusi Pengajian Tinggi Swasta (adalah kata nama khas) Soalan: Adakah institusi pengajian tinggi adalah kata nama khas? Perkataan ini "institusi pengajian tinggi" digunakan untuk merujuk kepada maktab/universiti/kolej secara am. Mohon pencerahan. Terima kasihInstitut pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta ialah kata nama am, tetapi lazimnya dalam menulis singkatan kedua-dua frasa nama itu dieja dengan huruf besar seperti IPTA dan IPTS.Tatabahasa29.08.2012
Adakah DBP menawarkan biasiswa untuk pelajar IPTS?DBP menawarkan biasiswa kepada pelajar yang mengikuti pengajian bahasa dan sastera di universiti. Sehingga kini hanya institut pengajian tinggi awam yang menawarkan kursus bahasa dan sastera.Lain-lain30.07.2015
1. Mengapa bahasa Melayu tidak dapat digunakan 100% dalam sistem penyampaian, penerimaan dan pengguna di IPTA Malaysia. 2. Mengapa hanya lulus (Kepujian) Bahasa Malaysia diperingkat SPM untuk kemasukan IPTA sahaja sedangkan IPTS tidak diperlukan.

Encik Zulkarnain

Soalan saudara ini lebih melibatkan dasar kerajaan. Terdapat sebab tertentu dan telah menjadi peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah ITPA ATAU IPTS tersebut.

Lain-lain23.07.2010
Rifqi Zafran DEC 4TH, 11:59PM Bilakah pengumuman keputusan pengumuman Pertandingan Ulasan Buku Antara IPTS?Sila hubungi urus setia pertandingan atau Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-21479000/9001/9002.Lain-lain14.12.2015
Mengapa perkataan "mengkenselkan" digunakan dalam surat 'penyampaian notis niat ketua pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS)' dan bukannya perkataan "membatalkan"?Terima kasih atas aduan yang telah pihak tuan berikan. Perkataan yang betul ialah "membatalkan". Pihak kami akan menghantar surat teguran kepada pihak yang berkenaan. Sekian.Lain-lain04.07.2017
Assalamualaikum, 1) Apakah bahasa dialek perlu dihapuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kolej, ipta dan ipts? 2) Setahu saya,bahasa dialek telahpun digunakan sebelum kemunculan bahasa baku atau bahasa standard jadi adakah ianya menjadi penghalang dalam perkembangan bahasa melayu baku? 3) Apakah bahasa dialek boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelanjaran di sekolah kecuali bahasa melayu yang sewajarnya menggunakan bahasa melayu baku?Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang berlaku dalam keadaan rasmi atau formal. Dalam hal ini bahasa Melayu yang digunakan seharusnyalah bahasa Melayu baku. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa dialek tidak terhalang kerana bahasa dialek digunakan dalam situasi tidak rasmi atau bersantai. Bahasa dialek digunakan di sekolah secara tidak formal.Lain-lain28.03.2008
Apa perbezaan antara penyelesaian dan peleraian dalam penulisan skrip drama?Saudara perlu menghubungi pusat atau latihan seperti di ASWARA atau IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus drama dsb. untuk mendapatkan perbezaan antara penyelesaian dan peleraian dalam penulisan skrip drama kerana ia merupakan antara teknik atau kemahiran dalam penulisan drama yang mempunyai makna khusus.Lain-lain25.11.2008
nak tanya, sesuai atau tidak jika saya mengunakan perkataan korporat untuk penamaan unit/bahagian..contoh: Bahagain Korporat Institusi swasta? untuk menggambarkan pengurusan untuk IPTSKorporat ialah hal ehwal yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan yang diwakili, contoh yang biasa digunakan ialah Bahagian Komunikasi Korporat.Tatabahasa27.04.2017
1234

Kembali ke atas