PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan kurang kesedaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.04.2018 |
Please advise BM translation for 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" Thanks for your help. | Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. DBP hanya menyemak bahan atau dokumen dalam bahasa Melayu. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar semula untuk penyemakan dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.06.2016 |
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih. | 1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim. 2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif. 3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2016 |