Salam sejahtera Tuan/Puan, 1. This document is the property of UOP and is subject to return on demand. TT: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk kepada kepulangan di atas permintaan. 2. Disclosure of information herein embodied is prohibited except as is expressly authorized by UOP. TT: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan seperti adanya secara tersurat oleh pihak UOP. Minta bantuan pihak tuan/puan nilai terjemahan ayat 1 dan terjemahan istilah undang-undang (as is) dalam konteks ayat 2. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Ayat pertama: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk pada pemulangan atas permintaan. Ayat kedua: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan secara tersurat oleh pihak UOP. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2017 |
Stitches There is no one definite answer for the cause or treatment of a stitch. The most popular theory is that a stitch is caused by either drinking too much or eating a meal too near to running... Apakah istilah yang amat tepat untuk "stitches" dalam Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Dusun terdapat istilah solisipon, obikon, oripon. | Berdasarkan keterangan saudara, stitch merupakan sejenis kesakitan dan tiada padanan bahasa Melayu dalam rujukan kami. Oleh itu gunakan perkataan tersebut dengan ejaan dicondongkan. | Istilah | 02.03.2010 |
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Apakah terjemahan sesuai untuk perkataan "trike ". Trike - is that trike is a tricycle (like a motorcycle but instead of 2 wheels, it has 3 wheels) while tricycle is a cycle with three wheels, powered by pedals and usually intended for young children. | Kami mencadangkan "trike" diterjemahkan sebagai "basikal roda tiga" atau "motosikal roda tiga". Padanan ini bergantung pada bentuk atau fungsi objek tersebut. | Istilah | 10.08.2021 |
Is there any buku panduan to guide on the use of words and design on the bunting. can i download it from website? | DBP tiada menyediakan khidmat muat turun buku yang sdr maksudkan melalui laman web. | Lain-lain | 22.10.2010 |
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT? | Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development atau pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud perkembangan atau kemajuan komuniti. Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 04.03.2009 |
A girl standing at the door is flourishing her hat in the air. A girl , who stands at the door, is flourishing her hat in the air. A girl is standing at the door and is flourishing her hat in the air. ( nasihat - tanda baca dan ayat yg terbaik) | Khidmat Nasihat Bahasa menangani masalah/pertanyaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti ejaan, tatabahasa dan istilah. Sila kemukakan pertanyaan saudara kepada pihak yang berkaitan seperti guru mata pelajaran bahasa Inggeris. | Lain-lain | 07.07.2011 |
Saya ingin bertanya apakah terjermahan sesuai untuk "There is " cthnya there is available instruments for the use of clents. Adakah ianya Terdapat instrument tersedia atau wujud instrumen tersedia atau adanya instrumen tersedia. Terima kaasih | Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali istilah dan perkataan yang ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun kami boleh membantu tuan, menyemak penggunaan ayat yang telah diterjemahkan. Cadangan padanan yang sesuai untuk ayat "there is available instruments for the use of clents" tersebut ialah Instrumen ini ada disediakan untuk kegunaan pelanggan. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.05.2019 |
Apa istilah untuk sleeper agent? "A sleeper agent is a spy who is placed in a target country or organization not to undertake an immediate mission, but instead to act as a potential asset if activated." | Padanan bahasa Melayu bagi istilah sleeper agent ialah perisik lahu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.04.2023 |
Slm, Minta pihak tuan semak translation ayat di bawah. 1. It's starting to rain. -(Nampaknya hari sudah hujan) 2. A sunshower is a metereological phenomenon in which rain falls while the sun is shining. A sunshower is usually the result of accompanying winds associated with a rainstorm miles away, blowing the airborne raindrops into an area where there are no clouds. Sometimes a sunshower is caused by a single rain cloud that passes overhead at an angle that does not obstruct the light of the sun. (Hujan matahari ialah satu fenomena meteorologi di mana hujan turun ketika matahari bersinar. Hujan matahari biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan.Kadang-kadang hujan matahari disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari.) tq | 1. Nampaknya hari sudah hujan. 2. Hujan panas ialah fenomena meteorologi yang berlaku ketika matahari bersinar. Hujan panas biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan. Adakalanya hujan panas disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.09.2015 |
Istilah sesuai bagi Lossless audio. Lossless audio is a digital format that preserves all of the original audio information, resulting in a file that is identical to the source. This means that no data is lost during the compression process, resulting in a high-quality audio file that is indistinguishable from the original. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah lossless audio ialah audio tak hilang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 22.04.2024 |