Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula rasanya; ~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin (pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran, dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah; ~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku prb perihal persahabatan yg sangat karib; seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi rumah; berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu; mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~; isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan; pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg termuat dlm sesuatu; kandungan: Peti ini tidak ada ~nya. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu; pati: Syarahannya panjang tetapi ~nya sedikit. 3 daging buah (pd buah mempelam, durian dll). ~ dada (hati) apa-apa yg terasa atau terfikir; perasaan. ~ kahwin pemberian yg wajib drpd pengantin lelaki kpd pengantin perempuan; mas kahwin. ~ kampung penduduk sebuah kampung. ~ perut a. bahagian badan yg di dlm perut (usus dll). b. segala yg terfikir (tersimpan) dlm hati. berisi 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. mengisi memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh melalui kemerdekaan. ~ waktu melakukan sesuatu utk memenuhi masa yg terluang. mengisikan memasukkan sesuatu sbg isinya: Mereka sedang ~ barang-barang itu ke dlm kereta. perisian data, program dsb yg perlu utk pengendalian komputer. ~ cetak rompak perisian yg diterbitkan dan dihasilkan secara haram. pengisian hal (perbuatan dsb) mengisi atau mengisikan. pengisi 1 sesuatu yg diisikan; perkakas dll utk mengisi. 2 orang yg mengisi. angka ~ faktor: 2 dan 4 ialah angka ~ bagi 8. ~ dakwat tempat utk menaruh dakwat dlm pena. ~ perut apa-apa yg dimakan atau yg diminum. ~ waktu apa-apa yg dilakukan utk memenuhi waktu lapang. seisi seluruh isi: ~ kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Nangka dikata cempedak,
     Cempedak di dalam kuali,
Masak beri berkuad;
     Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali,
Mengapa maka dimarah.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Isi dada bekal berjalan.

Bermaksud :

Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kegagalan murid merangka isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.Dalam sesuatu penulisan, aspek yang penting ialah isi. Kekuatan isi akan mencerminkan pemikiran dan keseluruhan penulisan yang dihasilkan. Murid-murid perlu didedahkan untuk mengenal pasti antara isi dengan huraian. 

Murid-murid perlu banyak membaca dan membuat rujukan untuk mencari isi bagi karangan. Dengan pembacaan, murid-murid akan mudah merangka isi dan mendapai idea untuk menghasilkan penulisan.
Tatabahasa31.03.2013
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya.Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain12.04.2010
Assalmualaikum saya nak bertanya macam mana nak menghasilkan bentuk karangan yang baikKarangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan.Makna11.05.2007
Mana yang lebih tepat, isi lembayung atau lembayung isi?Saudara/saudari, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lembayung bermaksud sejenis tumbuhan (herba), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. Lembayung juga bermaksud merah, lembayung warna ungu (merah ungu). Dalam konteks ayat di atas isi lembayung adalah lebih sesuai.Makna25.07.2012
makna isi tersirat dan tersurat dalam teks sastera.

tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat:

 tersirat 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu):

Berdasarkan makna di atas, dalam sesebuah karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel dan drama terdapat isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat ialah makna yang secara umum dapat difahami oleh semua orang atau pembaca sesebuah karya sastera. Isi tersirat pula makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera. Makna tersirat ini perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Contoh karya yang padat dengan isi tersirat ialah puisi kerana sesebuah puisi yang ditulis oleh seseorang penyair biasanya mempunyai makna lain selain makna yang tersurat.  

Lain-lain21.10.2009
Saya ingin menulis satu karangan yang bertajuk "kepincangan institusi keluarga menjejaskan kesejahteraan negara". tetapi isi saya tak cukup bernas. selain isi gejala sosial, saya tidak dapt memikir isi yang lain. Bolehkah tuan atau puan memberi candangan tentang isi bagi karangan ini?Untuk menulis karangan yang baik saudara perlu membuat penyelidikan tentang tajuk ini dalam makalah yang disiarkan dalam akhbar atau majalah. Saudara boleh juga membuat penyelidikan di perpustakaan yang terdapat di tempat atau sekolah saudara.   Lain-lain23.08.2008
isi dan kandungan mempunyai maksud yang sama, akan tetapi mengapa kebanyakan kita sering menggunakan isi kandungan, sama ada dalam pertuturan mahu pun penulisan? Terima kasihIsi dan kandungan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, bersama-samalah kita membiasakan yang betul.Tatabahasa10.04.2012
Bagaimana menulis karangan yang baik yang menggunakan bahasa bakuKarangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur, iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan.Lain-lain27.02.2009
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Menggarisi atau menggariskan?Mengapa? Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya _________isi-isi penting daam petikan itu. 2) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Mengajar atau mengajarkan?Mengapa? Cikgu Hanisah ________ Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. 3) Adakah perkataan jenis perlu diletakkan selepas perkataan pelbagai atau berbagai-bagai bagi ayat di bawah? -Pelbagai-bagai jenis makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai.1) Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya menggarisi isi-isi penting daam petikan itu. Menggaris bermaksud memberi bergaris pada sesuatu, manakala menggariskan bermaksud membuat garis dengan sesuatu.
2) Cikgu Hanisah mengajarkan Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. Mengajarkan bermaksud 
mengajar sesuatu kepada seseorang dan mengajar bermaksud menyampaikan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain.  
3) Pelbagai makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. Pelbagai bermaksud bagai dan jenis.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Pelajar, terbitan DBP.
Tatabahasa11.06.2013
apakah isi yang perlu ada untuk membuat satu assignment yang bertajuk sentimen perkauman di kalangan masyarakat malaysiaAntaranya anda perlu beberapa topik seperti : 1. Sejarah Pelbagai Kaum 2. Kenapa pemisahan kaum mengikut populasi berlaku 3. Faktor Penarik 4. Faktor Penolak 5. FAktor Pendorong Walaubagaimanapun ini hanya cadangan, dan anda boleh memperincikan dengan merujuk buku sejarah dan peristiwa terbitan DBP.Lain-lain16.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas