Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Kalau dapat kelapa tumbuh,
     Kan den tanam di bawah jenjang;
Kalau dapat kata nan sungguh,
     Kan digonggong dibawa terbang.


Lihat selanjutnya...(22)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.

Semua ayat tersebut betul:

1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus.

2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan.

3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul.

4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas.

5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.

Contohnya:

i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan;

ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan;

iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan;

iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan;

v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kanbeR-...-kanmempeR-...-kandi-...-kan, dan dipeR-...-kan.

Akhiran –kan juga merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif.

Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu:

(i)
memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan. 

(ii) memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan (membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 - 186.

Lain-lain23.10.2023
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah:

1. Tukarkan pecahan kepada peratus.
2. Lukiskan graf pada ruang jawapan.
3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul.
4. Ramalkan isi padu air di dalam bekas.
5. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Akhiran –kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu: (I) memberi pengertian kausitif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan.  (II)memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan(membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.
Lain-lain20.10.2023
Salam, saya masih belum menerima maklum balas bagi pertanyaan bertarikh 23/10/2023. Ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan yang dikemukakan.

Jawapan yang betul ialah:

1. Tukarkan pecahan kepada peratus.
2. Lukiskan graf pada ruang jawapan.
3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul.
4. Ramalkan isi padu air di dalam bekas.
5. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Akhiran –kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu: (I) memberi pengertian kausitif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan.  (II)memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan(membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.
Lain-lain30.10.2023
saya ingin meminta kelulusan iklan ini untuk di naik kan di hadapan kedai saya
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan). Sila buat bayaran setelah pendaftaran permohonan berjaya dan permohonan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Sila buat pembetulan berikut pada visual iklan:

DIMILIKI OLEH:  XXX   (rapatkan titik bertindih dengan perkataan sebelumnya)
Lain-lain27.10.2021
saya di faham kan untuk meletak sign board di depan pintu pejabat saya perlu kelulusan DBP. macam mana say nak buat untuk mendapat kelulusan tersebut? sign board hanya ada logo & nama syarikatUntuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.


Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Sila muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.


Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 


Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.


Lain-lain11.12.2024

Kembali ke atas