Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.sian] | ايسين

Definisi : 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia, Tuan, Mohon bantuan. Saya sedang menyemak perkataan inggeris "Fluid" untuk diterjemahkan kepada bahasa melayu. Melalui carian kata, ia bermaksud Bendalir. Adakah sesuai jika digunakan untuk ayat berkenaan:- "Percuma Isian Semula Bendalir Pelincir" Bantuan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "fluid" ialah bendalir. Oleh itu, istilah "bendalir" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan.Istilah02.10.2013
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang satu perkataan yang ingin digunakan bagi merujuk "harga jimat" bagi sesuatu buku (perkataan ini akan diletakkan di hadapan kulit buku). Adakah perkataan ini, iaitu "Harga tambah nilai" merujuk kepada harga yang jimat. Selain itu, adakah "harga tambah nilai ini" sama bagi perkataan "harga nilai tambah"? Apa yang saya faham di sini "harga tambah nilai" itu seperti sesuatu harga lain yang dibayar selain daripada harga sebenar atau mungkin saya yang keliru antara maksud itu. Mohon dibantu. Sekian, terima kasih.Harga tambah nilai dan nilai tambah merupakan istilah ekonomi.

Tambah nilai ialah perubatan menambah nilai sesuatu seperti menambah nilai kad isian semula. Manakala nilai tambah ialah sumbangan tambahan nilai ekonomu sesebuah firma yang dihasilkan daripada aktiviti pengeluarannya.

Bagi konteks harga buku, perkataan harga tambah nilai dan harga nilai tambah kurang sesuai untuk menyatakan harga  yang jimat untuk buku tersebut. Kami cadangkan HARGA JIMAT NILAI HEBAT yang boleh diletakkan di hadapan kulit buku.
Tatabahasa05.03.2013

Kembali ke atas