Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagar | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Luxury mixed development - Pembangunan becampur yang mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda Freehold - Pegangan kekal An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan alam semula jadi Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2016 |
Andy Iskandar TUE 10:08PM Salam.... Pendingin hawa ke penghawa dingin?? Klaw ikut saya.... saya pilih pendingin hawa | Istilah yang betul merujuk persoalan tuan ialah pendingin hawa dan ini ialah istilah lama. Istilah yang lebih tepat ialah penyaman udara. Terima kasih. | Istilah | 23.08.2016 |
Saya adalah guru Perpustakaan & Media di SK Iskandar Perdana. Pada 4 Julai 2013 yang lalu Pusat Sumber sekolah saya telah menjemput Ketua Pengerah Dewan Bahasa dan Pustaka , Datuk Dr Awang B Sariyan datang ke sekolah saya untuk perasmian Pusat Sumber Sekolah. Oleh itu tahun ini saya mewakili pihak sekolah ingin membuat lawatan penanda aras ke DBP ( guru & murid) untuk meluaskan lagi pengetahuan dan mengenali DBP dengan lebih dekat lagi. Bagaimanakah caranya dan prosedur untuk saya membuat lawatan ke sana? Apakah alamat dan pihak yang boleh dihubungi? Terima kasih. Pengurus lawatan: Pn Zurina Bt Ahmad SK Iskandar Perdana, 32610 Seri Iskandar, Perak. Tel: h/p: 0195037796 Tel Sekolah: 05 3711584 | Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 03.07.2014 |
KEDAI RUNCIT AULIA ISKANDAR | Tuan, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Sekiranya tuan ingin mendapatkan pengesahan, sila ke Sistem Pengesahan Bahasa DBP untuk mendapatkan semakan dan pengesahan. | Lain-lain | 15.02.2015 |
visual papan iklan untuk majlis pembandaran iskandar putri yang disahkan oleh DBP. | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 18.05.2020 |
Salam. Saya arkitek dari Ipoh. Ada satu projek di Bandar Universiti Seri Iskandar. Developer nak guna nama "Jalan Lakeville" untuk Nama Jalan, sebab jalan-jalan di lot sebelah sudah lulus sebagai Jalan Lakeville pada tahun 2014. Pegawai daripada Majlis Daerah Perak Tengah suruh kami dapat kelulusan daripada DBP untuk mengunnakan nama "Lakeville". Kami ingin tanya DBP, apakah prosedur kalau nak mohon "Lakeville" sebagai nama khas? | DBP tidak boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Inggeris. DBP hanya boleh mengesahkan nama jalan dalam bahasa Melayu. | Istilah | 07.04.2017 |
TANAH PERINDUSTRIAN UNTUK DIJUAL/DISEWA Industrial Land for Sale (BESIDE BILLION SUPERMARKET, BANDAR SRI ISKANDAR) Mr Sella:019-4334864 Ms Michelle:016-5205271 | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.07.2015 |
KAMI INGIN MEMOHON SIJIL PENGESAHAN BAHASA BAGI PAPAN PERNIAGAAN SYARIKAT SEPERTI YANG DI MINTA OLEH PIHAK MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 15.01.2020 |
Mohd Zulkifli ToneExcel Aug 19th, 8:55am Assalamualaikum dan selamat pagi, saya mencari buku asas pengauditan oleh takiah iskandar. Bagaimana nya? | Semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com Selain itu, buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 19.08.2015 |
Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Sains Malaysia sedang membuat suatu kajian terhadap novel Aci Patmabi oleh Azmi Iskandar Merican keluaran DBP. Oleh yang demikian, saya mohon pihak DBP dapat membantu saya mendapatkan no.tel pengarang novel tersebut. Sekian terima kasih. | Terima kasih kerana puan berminat untuk mengkaji buku terbitan DBP. Penulis novel Aci Patmabi boleh dihubungi melalui telefon 0164209225. Sekiranya puan menghadapi masalah, puan boleh menghubungi pihak DBP Wilayah Utara untuk mendapatkan bantuan lanjut. | Lain-lain | 11.05.2014 |