Penggunaan perkataan yang betul " Islamik kompetensi" atau "Kompetensi Islamik" Mohon mendapatkan penggunaan ayat yang betul bagi tajuk thesis. Terima Kasih | Penggunaan perkataan yang betul ialah “kompetensi islamik” atau “kemahiran islamik”, sekiranya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris, Islamic competency. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 844. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.06.2025 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "Islamic Negotiable Instruments" (rujukan:https://www.bnm.gov.my/-/measures-to-strengthen-the-islamic-banking-sector) - adakah "Instrumen Boleh Niaga Islam" atau "Instrumen Boleh Niaga Islamik"? Adakah akaun perbankan dengan bank-bank Islam digelar "akaun simpanan Islam" atau "akaun simpanan Islamik"? Teima kasih. | Kami mencadangkan "Islamic Negotiable Instruments" diterjemahkan sebagai "Instrumen Boleh Niaga Islam" atau "Instrumen Boleh Niaga Islamik". Kedua-dua padanan, iaitu "Islam" atau "Islamik" boleh digunakan. Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 27.09.2021 |
Penamaan Program - Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak Islamik | Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Islam) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara Islam | Istilah | 09.09.2013 |
Tuan, 1. Apakah perbezaan dalam penggunaan antara 'islami', 'islamik', 'islamiah'? 2. Perlukah I ditulis sebagai huruf besar? Terima kasih. | Tidak ada perkataan islami, manakala perkataan islamiah dieja dengan huruf kecil. Terjemahan Islamic dalam bahasa Melayu ialah Islam seperti Islamic Law - Undang-undang Islam. | Ejaan | 27.02.2012 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan penggunaan singkatan dalam istilah islamik. Mengapakah SAW dieja rapat tanpa titik tetapi R.A. dieja ada titik? Bukankah konsepnya sama, iaitu singkatan? Sefaham sy, jika akronim memang dieja tanpa titik dan menggunakan huruf besar. Namun, SAW, SWT, RA merupakan kata singkatan. Bolehkah pihak DBP terangkan? Sekian, terima kasih. | Ejaan perkataan SWT dan SAW dikecualikan daripada dieja bertitik kerana perkataan ini merupakan kalimat khusus untuk mengagungkan dan memuliakan hanya untuk Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW). Perkataan lain seperti r.a. dan a.s. dieja bertitik. | Ejaan | 01.02.2021 |
bolehkah kawan saya yang berada di mesir menghantar karya pertandingan menulis cerpen berunsur islamik melalui emelnya. dan apakah emel yang dbp sediakan untuk perkhidmatan itu. kawan saya mahukan sesegera mungkin emelnya. maaf di atas segala kesulitan. | Untuk makluman saudara pertandingan tersebut telah ditup pada 5 September yang lalu. Untuk maklumat lanjut, hubungi urus setia di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel kepada roslida@dbp.gov.my atau rohaizah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.09.2011 |
Tepatkah penggunaan huruf besar / kecil untuk ayat yang bertanda " "berikut: Noni tinggal di "bandar raya Kota Bharu Islam / Islamik"? | Kota Bharu Bandar Raya Islam . | Tatabahasa | 07.03.2007 |
Assalammualaikum..dan selamat petang Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri ini,saya Noor Azreen Binti Jalaludin bekerja sebagai Guru di sebuah Sekolah Antrabangsa Islamik Greenview.Sukacitanya,sekira pihak DBP memberi peluang kepada murid-murid saya sekiranya terdapat pelbagai bentuk pertandingan untuk Tahap 1 dan Tahap 11 dan juga Menengah sekira mereka layak. Tujuan untuk memberi keyakinan dan pendedahan kepada mereka yang belajar di sekolah swasta atau antarabangsa sekaligus meningkatkan kualiti bahasa melayu mereka di peringkat lebih tinggi. Oleh itu,besar harapan saya sekiranya ada peluang yang diberi kepada sekolah kami. Yang benar, ---------------------- (Cikgu Azreen Haji Jalaludin) TIC-BM Greenview Islamic International School Bukit Jelutong | Salam puan budiman, Penyertaan dalam pertandingan anjuran DBP Dimaklumkan bahawa, Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan menganjurkan Festival Perkampungan Seni 2019 7 November 2019, pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam, bertempat di Wisma DBP, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah dirancang, antaranya, Pertandingan Bengkel Seni Khat Jawi, Pertandingan Cerdas Istilah, Roda Kata, Dam Bahasa dan banyak lagi. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi: Encik Dinie Asyraf bin Rodzi melalui talian telefon: 03-2147 9684 atau e-mel asyraf@dbp.gov.my. Bersama-sama ini dilampirkan jadual tentatif pengisian program untuk makluman pihak puan selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.11.2019 |
Dua nama yang mungkin digunakan setelah bandar Kota Bharu dinaik taraf sebagai bandar raya penuh, iaitu Majlis Bandar Raya Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Majlis Bandar Raya Kota Bharu Islamik. Yang mana satu paling tepat dan betul? | Ungkapan yang paling tepat ialah Majlis Bandar Raya Kota Bharu atau Bandar Raya Islam. | Tatabahasa | 01.03.2007 |
konsep dan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu | Secara ringkas perkem. kesus. Melayu bermula sejak zaman Abdullah Munsyi dan Hamzah Fansuri. Zaman Abdullah diambil kira apabila mesin cetak diperkenalkan waktu itu. Manakala Hamzah Fansuri dan karya-karyanya dianggap permulaan zaman intelektual yang diperkenalkan melalui karya-karya beliau yang terdapat ciri-ciri internasional, saintifik, dan Islamik. Selain itu kesusasteraan Melayu juga mengambil kira sastera lisan, sastera kitab, cerita2 binatang sebagai cerminan masyarakat waktu itu. Untuk lebih lanjut sdr perlu melihat dan membaca buku2 berkaitan ttg kesusasteraan Melayu karya Ismail Hussein, Hooykas, Lew Yock Fang dan sarjana2 mutakhir. Terima kasih. | Lain-lain | 05.01.2007 |