Beza antara istilah Isnin malam dan Isnin malam . kerap kali keliru.sila bantu.terima kasih. | Kalau mengikut soalan saudari, tiada beza antara kedua-duanya. Tetapi kalau saudari bermaksud beza antara Malam Isnin dan Isnin Malam, Malam Isnin bermaksud: Siangnya Ahad, malamnya Isnin. Seperti ungkapan 'malam Jumaat', maksudnya pada malam hari Khamis. Manakala ungkapan Isnin malam pula, penutur ingin menegaskan 'malam' pada hari tersebut. | Makna | 30.03.2009 |
Salam sejahtera tuan ! Dalam koleksi soal jawab tuan ada menyatakan perkara berikut: 1. Hari Deepavali = "H" & "D" huruf besar bagi tujuan penyeragaman. 2. hari Deepavali = "D" sahaja huruf besar dengan berpandukan contoh "hari Isnin", Isnin sahaja huruf besar. Mohon keputusan muktamad yang mana betul dan tepat ! | Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. | Lain-lain | 16.10.2016 |
Apakah perbezaan antara pagi Isnin dengan Isnin pagi? | Frasa yang betul ialah pagi Isnin. Peraturan atau Hukum DM ialah rumus tatabahasa yang bermaksud, D=diterangkan dan m= menerangkan. Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan kedua. | Tatabahasa | 27.12.2014 |
Yang mana struktur ayat yang betul: 1)...selewat-lewatnya hari Isnin atau 2)....selewat-lewatnya pada hari Isnin | Puan Robiaton, Ayat yang betul ialah '... selewat-lewatnya pada hari Isnin atau ... | Tatabahasa | 06.05.2010 |
Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan keterangan.'Sejak' ialah kata hubung keterangan waktu (Rujuk Tatabahasa Dewan). Klausa utama ialah 'Dia tidak hadir ke sekolah. Apakah klausa kecilnya? Kalau klausa kecilnya 'sejak Isnin lalu', apakah subjek bagi klausa ini? | Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Dia = subjek, tidak hadir ke sekolah = predikat, sejak Isnin lalu = frasa keterangan. Ayat ini bukan ayat majmuk, oleh itu tidak ada klausa kecilnya. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Ayat mana betul: 1. Dia berjoging di taman setiap petang. 2. Dia berjoging di taman pada setiap petang. 3. Dia bermain gasing pada setiap hari Isnin. 4. Dia bermain gasing setiap hari Isnin. 5. Abang bermain gasing di lantai. | Ayat 1 hingga 4 adalah betul. | Tatabahasa | 20.07.2016 |
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUM | Sila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah. Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
soalan: bagaimana untuk kita menentukan tarikh sebenar mengikut masa contoh 1: siaran langsung 'Cinta bersemi' 1 Oktober 2012 , 9.00 malam dan ulang siar 2.00 pagi soalannya: untuk ulangsiar 2.00 pagi adakah telah masuk 2 oktober? contoh 2: ( Drama 'kekasih akan disiarkan bermula Isnin 1 Oktober ): saksikan drama bersiri 'Kekasih' Mulai 1 Oktober , setiap Isnin 12.30 tgh mlm soalannya: adakah 12.30 tgh mlm di anggap sebagai 1 Oktober? Soalan 3: bagaimana untuk kita mengenalpasti penggunaan masa yang betul mengikut tarikh contoh : 1 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) dan 2 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) adakah ( tarikh adlh sbg contoh) 1 oktober= 12.00 tgh mlm - 11.59 malam (24 jam ) 2 oktober = 12.00 tgh mlm - 11.59 malam ( 24 jam ) sekian terima kasih | 1. Ulang siar "Cinta Bersemi" pada pukul 2.00 pagi adalah pada 2 Oktober 2012. 2. Drama bersiri "Kekasih' pada pukul 12.30 tengah malam adalah pada 2 Oktober 2012. 3. 1 Oktober 2012 (Isnin) bermula pada 12.00 tengah malam (hari Ahad - 30 September 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (1 Oktober 2012), 2 Oktober bermula pada 12.00 tengah malam (hari Isnin - 1 Oktober 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (2 Oktober 2012). | Lain-lain | 03.10.2012 |
Salam..saya ingin bertanya tentang kata nama khas bagi perkataan " Hari Deepavali". Huruf H pd perkataan "hari" perlu ditulis dgn huruf besar @ tidak? Bagaimana pula dgn hari Isnin, Selasa, Rabu & seterusnya? Adakah perlu ditulis dgn huruf besar pd perkataan " hari ".. harap dapat berikan penjelasan.terima kasih | Ejaan yang betul ialah hari Deepavali sama seperti hari Isnin. Kekeliruan timbul kerana ungkapan Hari Deepavali sering digunakan dalam rangkaian nama khas seperti Selamat Menyambut Hari Deepavali, maka Hari Deeapavali dieja dengan huruf besar pada pangkal katanya. | Ejaan | 23.07.2015 |
saya tee seng hock ,hari isnin.dafter tapi sampai sekarang belum dapat. jawapan. | Jika Khidmat Pengesahan Bahasa DBP yang tuan maksudkan, sila hubungi kami di talian 03-21479692/9691 dan maklumkan nombor pendaftaran untuk tindakan segera pihak kami. | Lain-lain | 08.01.2015 |