| Salam sejahtera, Apakah ejaan yang betul untuk Constantinople (Istanbul)? Terima kasih | Ejaan yang betul ialah Constantinople. Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk Constantinople ialah Konstantaniah (bidang Sejarah.) | Ejaan | 09.11.2012 |
| Apakah perbezaan antara 'pasaran gelap' dengan 'pasar gelap'? Mengapakah buku antologi terbitan DBP 'jaket kulit kijang dari istanbul' menggunakan pasaran gelap untuk menyatakan makna pasar gelap? | Merujuk data yang ada dalam sumber rujukan kami, "pasaran gelap" dan "pasar gelap" kedua-duanya merupakan padanan bagi istilah black market. Justeru, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.03.2015 |