Salam 1Malaysia. Tuan/Puan, Saya mempunyai soalan berkaitan 'bukan' dan 'kan'. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'bukan' mempunyai maksud 'untuk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir hayat)' dengan contoh diberi 'ini bukumu, bukan?'. Adakah penggunaan bukan di sini dikategorikan dalam 'tag question' atau 'yes-no question'? Bagaimana pula dengan penggunaan 'kan'? 'kan' ditakrifkan sebagai singkatan kepada perkataan bukan / bukankah, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah ini bermaksud 'kan' juga merupakan pertanyaan yang mengeraskan dugaan? Sekiranya perbezaan 'bukan' dan 'kan' hanyalah pada penggunaan ('bukan' lebih formal, 'kan' kurang formal'), adakah 'kan' juga boleh membawa maksud 'tag question' atau 'yes-no question'? Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan. Terima kasih. | Salam Sejahtera.
Penggunaan "bukan" dikategorikan sebagai taq question. "Kan" merupakan kependekkan "bukan" yang selalu didapati dalam teks sastera dan "kan" juga tergolong dalam taq question. | Istilah | 21.02.2014 |
Terjumpa istilah ini: SCIENCE POPULARIZATION. Apa terjemahan dalam bahasa Melayu? Adakah PEMPOPULARAN SAINS? Bagi perkataan dengan imbuhan "memper...kan", benarkah imbuhan "kan" dalam perkataan itu perlu/boleh digugurkan dalam penggunaannya? Contoh, cukup sekadar "mempertajam ilmu" bukan lagi "mempertajamkan ilmu." Adakah syarat ini terpakai dalam semua keadaan, dengan kata lain, apa-apa perkataan yang menerima imbuhan "memper...kan" boleh digugurkan imbuhan "kan"nya itu. Mohon nasihat. Terima kasih. | 1. Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk SCIENCE POPULARIZATION. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk popularization, iaitu popularisasi. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, popularization diterjemahkan sebagai usaha mempopularkan. 2. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya: memperalat (kata nama 'alat'), memperluas (kata adjektif 'luas' dan memperoleh (kata tugas 'oleh). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (ms. 177 - 181) | Istilah | 02.08.2011 |
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"? | Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub". | Istilah | 03.08.2007 |
Salam, frasa yang manakah betul?mendeklamasikan sajak atau mendeklamasi sajak?apakah bezanya?bolehkah tuan terangkan dalam bahasa yang mudah difahami.terima kasih | Frasa yang betul ialah mendeklamasikan sajak. Deklamasi termasuk dalam salah satu kata dasar yang hanya dapat menerima apitan men-....-kan. di-...-kan atau ber-...-kan, dan tidak dapat menerima awal meN, di-. atau ber- sahaja. Contoh kata lain yang termasuk dalam kumpulan ini: mengabaikan bukan mengabai menggelarkan bukan menggelar mencantikkan bukan mencantik menjatuhkan bukan menjatuh dan banyak lagi. Untuk memastikannya saudara boleh lihat dalam Kamus Dewan Edisi 4, hanya ada perkataan mendeklamasikan sahaja, dan bukan mendeklamasi. | Istilah | 19.03.2014 |
1. Istilah sasar merujuk kepada istilah dalam bahasa kelompok sasaran, iaitu istilah dalam bahasa Melayu. Adakah penggunaan istilah sasar dibenarkan dalam penulisan rasmi? 2. Perkataan hematoma didapati tiada dalam kamus terkini. Namun begitu, didapati hematoma ada digunakan dalam istilah sasar (rujuk Istilah Bahasa Melayu). Adakah penggunaannya dibenarkan dalam surat rasmi? Lazimnya dalam surat rasmi, penggunaan perkataan bahasa Inggeris akan diitalic kan. Perlukah ia diitalickan ? | 1. Istilah sasar boleh digunakan dalam penulisan rasmi. Walau bagaimanapun bagi memudahkan pemahaman awam lebih baik digunakan perkataan diterjemahkan kepada ... dalam bahasa Melayu. 2. Ayat yang lebih sesuai, istilah hematoma dipinjam dan dikekalkan ejaannya dalam bahasa Melayu. | Istilah | 18.01.2021 |
Contoh ayat : Kebaikan mengadakan pameran itu adalah untuk memberikan nsemangat kepada murid. Mengapakah perlu menambah "kan' pada istilah "memberikan" dan bukannya letak "memberi" sahaja. | Kata memberikan hendaklah diikuti dengan kata nama objek yang tidak bernyawa. Manakala kata memberi pula diikuti dengan kata nama objek yang bernyawa. Contoh ayat: 1. Guru memberi Ali sebatang pen. 2. Guru memberikan taklimat kepada murid. | Tatabahasa | 06.09.2021 |
Menurut tatacara pembentukan kata terbitan yang kata dasarnya bermula dengan deretan huruf “sy”, imbuhan yang terlibat antaranya “men-“, “men-…-kan”, “pen-“, dan “peN-…-kan” untuk membentuk kata seperti “mensyampu”, “mensyaratkan”, “pensyarah”, dan “persyarikatan”. Namun, didapati tatacara ini tidak dipatuhi sepenuhnya bagi kata dasar “syair”; kata terbitan yang dirakamkan dalam Kamus Dewan Ke-4 (KD4) antara lain; “mensyairkan”, “pensyair”, “penyair”, “kepenyairan”. Hanya dua kata terbitan pertama sahaja menurut tatacara tersebut, sementara yang lain nampaknya kekecualian. Persoalannya, adakah kata terbitan yang tidak/belum dirakamkan dalam KD4, iaitu “menyair”, dan “kepensyairan” dapat gunakan? Mungkin “menyair” diterbitkan dengan asas bahawa kata ini berupa kekecualian sebagaimana “kepenyairan”, manakala “kepensyairan” pula diterbitkan dengan asas bahawa pengimbuhan inilah yang menurut tatacara sebenar. Sudah tentu yang lama boleh dikekalkan supaya terdapat pilihan, sama ada “menyair” atau “mensyair”, dan “kepenyairan” atau “kepensyairan”, sebagaimana ada pilihan bagi kata terbitan “jawaban” atau “jawapan”, “pelibatan” atau “penglibatan”, “pembelajaran atau pemelajaran” dsb. Pada pendapat saya, supaya “pensyair” dapat digunakan dengan “rasa baku” berbanding “penyair”, kata terbitan “kepensyairan” juga harus wujud dalam Kamus Dewan Keempat. Sekian. Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad | Seperti yang tuan maklumi kata penyair dan kepenyairan ialah kekecualian dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Merujuk pangkalan data kami tidak ada contoh penggunaan perkataan kepensyairan dan ada satu contoh penggunaan menyair oleh penerbit bukan DBP. Cadangan tuan agar kata menyair dan kepensyairan diamasukkan dalam entri kamus yang akan diterbitkan akan kami kemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Bahagian Perkamusan. Hal ini akan ditangani oleh Bahagian Perkamusan, sama ada menerima cadangan tuan atau sebaliknya perlu ada justifikasi yang mewajarkannya. | Istilah | 27.11.2012 |
1. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan istilah 'Proposal Defense' dan 'Viva Voce'? 2. Adakah betul penggunaan istilah 'pascasiswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? Keliru dengan hasil pencarian ini --> [pas.ca.sis.wa.zah] | ڤسچاسيسوازه Definisi : bkn penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 3. Adakah betul penggunaan istilah 'siswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? | 1. Mohon tuan/puan berikan penggunaan “proposal defense” dan “viva voce” dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. 2. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “pascasiswazah” sebagai penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. Ini bermakna merujuk kepada penuntut yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah. 3. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “siswazah” sebagai orang yang telah lulus dari universiti, iaitu lulusan universiti. | Istilah | 18.04.2019 |
Bagi ayat dibawah ini, didapati perkataan "diasinkan" mempunyai imbuhan "-kan". Adakah perkataan "dikon, diawet dan dijeruk juga perlu ditambah imbuhan -kan? (7) Manufactured meat may contain— (a) where such meat or part of such meat is corned, cured, pickled or salted, sodium nitrite, potassium nitrite, sodium nitrate or potassium nitrate, alone or in combination, as permitted preservative, provided that the final product does not contain more than 200 ppm of total nitrate and nitrite calculated together as sodium nitrite; (7) Daging kilangan boleh mengandungi— (a) jika daging atau sebahagian daripada daging itu dikon, diawet, dijeruk atau diasinkan, natrium nitrit, kalium nitrit, natrium nitrat atau kalium nitrat, sendirinya atau dalam kombinasi, sebagai bahan pengawet yang dibenarkan, dengan syarat bahawa hasil terakhirnya itu tidak mengandungi lebih daripada 200 bsj jumlah nitrat dan nitrit dihitung bersama sebagai natrium nitrit | Kata terbitan terhasil melalui penambahan awalan, akhiran dan apitan. Ada perkataan yang boleh menerima awalan meN... atau apitan meN...kan (bentuk pasif di...kan) dan ada yang boleh menerima kedua-dua bentuk terbitan. Hal ini perlu merujuk kamus untuk memastikan pembentukan kata yang betul. Dalam konteks ayat yang diberikan, corned dalam bidang istilah diterjemah kepada kon seperti daging kon. Walau bagaimanapun dalam konteks umum, perkataan tersebut diterjemahkan kepada maksud yang terkandung dalam perkataan tersebut, contoh meat is corned ... boleh diterjemahkan kepada daging yang digaramkan (iaitu proses membubuh garam pada daging), diawet, dijeruk ... Corned dan salted sekiranya membawa maksud yang sama diterjemahkan sekali sahaja. | Istilah | 05.06.2021 |
salam.... ada satu istilah english yang saya nak translate jadi bahasa melayu... library... dalam bahasa standard kita panggil pustaka kan? tapi library ni untuk programming.... boleh rujuk sini... https://en.wikipedia.org/wiki/Library_(computing).. kalau boleh kami nak tau apa istilah yang sesuai? istilah ni akan digunakan dalam buku rujukan pelajar2 sekolah menengah.. dan nak istilah yang sesuai dengan pemahaman diorang gak.... terima kasih. | Salam, Pihak DBP mencadangkan supaya digunakan perkataan pustaka digital/ perpustakaan digital. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.09.2017 |