Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj n (printing) huruf condong, italik: the phrases are in ~ type, rangkai kata dlm taip huruf condong. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata italic


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan Italic/Tulisan Condong (Italic) Soalan saya, untuk penulisan dalam courseware (pembangunan bahan kursus multimedia), jika ada pecampuran Bahasa Melayu dan Inggeris: 1) Jika perkataan 'bahasa asing' di dalam kurungan () sama ada perlu italik atau tidak. Contoh: Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diadakan pada... 2) Untuk penyingkatan (abbreviation) perkataan, perlu italic atau tidak? Contoh: Blue Ocean Strategy merupakan suatu amalan kepimpinan yang sistematik. B.O.L. perlu dilaksanakan pada setiap organisasi. (merujuk kepada penyingkatan B.O.L.) Sekian, terima kasih
Menurut data kami, cara penulisan yang betul ialah  Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan perkataan tersebut tidak perlu (NBOS) tidak perlu diitalik.  
Lain-lain15.05.2017
Apakah padanan yang sesuai untuk frasa "emphasis mine" dalam bahasa Melayu? Frasa ini juga ditulis sebagai "my emphasis", "my bold", "bold mine", "my italic" dan "italic mine"Salam sejahtera.

Tuan.

Terjemahan untuk emphasis ialah pekanan atau penegasan. Walau bagaimapun, terjemahan untuk frasa ini tiada dalam sumber rujukan kami. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan "penegasan frasa" sebagai padanan untuk emphasis mine.
Penyemakan dan penterjemahan06.07.2019
1. perkataan kerajaan, agensi pusat, kementerian, jabatan - adakah perlu 2. Anugerah Industrialised Building System, adakah perlu italic pada penggunaan perkataan inggeris 3. Anugerah Penilaian Outcome, adakah perlu italic pada perkataan inggeris 4. Movenpick Convention Center -adakah perlu italic kesemua perkataan walaupun nama tempat?

1. Sila kemukakan soalan yang jelas bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang tepat.

2. Nama Anugerah Industrialised Building System diterjemahkan kepada “Anugerah Sistem Binaan Berindustri”. Dalam senarai istilah Penilaian Harta Tanah, istilah bahasa Melayu bagi Industrialised Building ialahBinaan Berindustri”.

3. Kami mencadangkan nama anugerah tersebut menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, iaitu “Anugerah Penilaian Hasil”.  Sekiranya, terdapat percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam teks tertentu, pihak puan digalakkan cuba mendapatkan dahulu padanan dalam bahasa Melayu.

4. “Movenpick Convention Center” merupakan nama khas yang tidak perlu dieja menggunakan huruf condong.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang  www.prpm.dbp.gov.my

Penyemakan dan penterjemahan23.10.2024
Penggunaan italic bagi perkataan Inggeris: 1. Perkataan inggeris yang menerangkan maksud perkataan melayu. Cth: ...bagi tujuan membiasakan (familiarization) 2. Perkataan inggeris dalam kurungan tapi bukan menerangkan maksud perkataan melayu yang digunakan. Cth: Penetapan matriks/peranan Ketua Jabatan bagi pengesyoran dan kelulusan (User Registration Form - Part 3: Acknowledgement) Adakah kedua-dua perkataan Inggeris dalam kurungan tidak perlu italic or perlu italic?
Merujuk buku Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu.
Penyemakan dan penterjemahan02.08.2021
Apakah maksud “rakyat terbanyak”?
Definisi "rakyat terbanyak" tiada dalam kamus terbitan DBP namun berdasarkan carian dalam Internet, frasa ini ada digunakan, contohnya:

mendapat dukungan dan sokongan italic;">rakyat terbanyak
Untuk Manfaat italic;">Rakyat Terbanyak
Membela Nasib italic;">Rakyat Terbanyakitalic; font-size: 14px; font-family: arial, sans-serif; color: #4d5156;">
prasarana asas sangat diperlukan italic;">rakyat terbanyak
Untuk Manfaat italic;">Rakyat Terbanyak

Berdasarkan penelitian awal,italic;"> rakyat terbanyak membawa maksud kebanyakan rakyat atau majoriti rakyat. Walau bagaimanapun, kami akan membuat penelitian lanjut tentang makna frasa ini.
Makna17.01.2023
saya keliru sama ada nama majalah harus di italic ataupun tidak -bilakah tanda petik boleh digunakan, adalah boleh mengganti italic untuk maksud yang samaNama majalah yang sudah diterbitkan hendaklah dicondongkan. Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk,petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Mengapit judul rencana ,karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi 3 halaman77.Tatabahasa18.08.2009
APAKAH SALUTASI KEPADA GELARAN YANG BERBAHAGIA BERSERTA NAMANYA BOLEH DI ITALIC DALAM SURAT RASMI?Ejaan Yang Berbahagia (YBhg.) dalam surat rasmi tidak perlu dicondongkan (italic). Contoh, YBhg. Dato' dan YBhg. Dato' Ahmad bin Harun.Lain-lain12.03.2010
Macam mana penulisan terma asing dalam penulisan bahasa Malaysia, apakah perlu ditulis miring (italic)Penggunaan kata asing dalam bahasa Melayu hendaklah ditulis miring (italic).Ejaan24.08.2015
Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-26119551. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan.

2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.
Ejaan11.02.2012
As-Salam/Salam Sejahtera. Sekiranya saya mempunyai judul buku: Senangnya Speaking, bagaimanakah cara penulisan perkataan bahasa Inggeris 'Speaking' tersebut? Ia merupakan satu kiasan yang merujuk kepada bertutur dalam bahasa Inggeris. Patutkah saya menggunakan tanda petik "..." atau tanda petik tunggal '...' atau italic sahaja atau italic beserta dengan tanda petik tunggal sebab ia kiasan? Terima kasih atas bantuan.Ejaan yang betul ialah Senangnya Speaking.Ejaan20.08.2014
12345678910

Kembali ke atas