Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.tem] | اءيتم

Definisi : 1. barang atau benda dlm sesuatu senarai atau kumpulan: barangan yg saling melengkapi satu sama lain dan dijual dlm satu set dianggap sbg satu ~; 2. perkara: saya boleh menjelaskan bahawa hanya satu ~ belum diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.tem] | اءيتم

Definisi : 1 barang atau benda dlm sesuatu senarai atau kumpulan. 2 perkara atau hal yg diperkatakan atau dibincangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata item


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam 1Malaysia, saya memohon cadangan ayat untuk contoh pernyataan di bawah: contoh ayat: Dalam kelompok respons agak ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut sub konstruk dan bilangan item masing-masing iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam sub konstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, pengurusan dan Pembangunan Sekolah, dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. tqDalam kelompok responden yang ramai, terdapat tiga belas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu Asas Sebagai Seorang Guru (4 item), Pedagogi (3 item), Atribut Profesional (3 item), dan masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran, Pengurusan dan Pembangunan Sekolah serta Pembangunan dan Kebajikan Pelajar.Tatabahasa02.05.2015
salam 1 malaysia. manakah contoh ayat berikut yang sesuai digunakan untuk penggunaan perkataan 'masing-masing'. 1. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, serta masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. 2. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, dan 1 item masing-masing dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. mohon cadangan ayat yang sesuai. t.qTerdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu ilmu asas sebagai guru dan atribut profesional masing-masing 4 item, dan subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar masing-masing 1 item.Tatabahasa01.09.2015
salam.mohon nasihat pihak tuan mengenai terjemahan bagi perkataan "Item Parceling in Structural Equation Modeling". sekian terima kasihPadanan bagi "Item Parceling in Structural Equation Modeling" ialah Pembungkusan Item dalam Pemodelan Persamaan Berstruktur atau Pengkelompokan Item dalm Pemodelan Persamaan Berstruktur. Sesuaikan frasa mengikut konteks ayat yang digunakan.Istilah16.07.2019
ADAKAH PERKATAAN 'ITEM' SAH DIGUNAKAN SEBAGAI PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU?Item boleh digunakan dlm bahasa Melayu tetapi lebih baik terus menggunakan makna yang khusus kerana item merujuk kepada barang atau benda, dan perkara.Makna26.07.2007
Assalamualaikum.. Untuk item/soalan,sepatutnya guna istilah bangun,gubal,bina atau buat? terima kasihSalam, Tuan.

Soalan tersebut tidak jelas, mohon tuan kemukakan semula soalan yang lebih jelas.

Terima kasih.
Lain-lain19.03.2015
salam 1Malaysia. adakah penggunaan perkataan 'dari tiga' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon pembetulan. contoh ayat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Dari tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar.Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Daripada tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar.Tatabahasa27.08.2015
salam 1 Malaysia, yang manakah ayat yang sesuai yang menunjukkan penggunaan adalah dan ialah bagi contoh ayat berikut; 1. Kebanyakan item cadangan tersebut adalah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru 2. Kebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru sekian tqKebanyakan item cadangan tersebut ialah cadangan yang berkaitan dengan kebajikan dan beban kerja guru.Tatabahasa28.08.2015
Apakah perkataan yang paling tepat bagi menggantikan "urban farming" dan "pre-loved item"?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "urban farming" ialah pertanian bandar dan "pre-loved item" ialah barang terpakai. Namun begitu, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Istilah03.08.2020
apakah ayat yang paling sesuai bagi contoh ayat berikut; ayat 1. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru iaitu seperti berikut; ayat 2. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti berikut; iaitu, yang manakah contoh ayat di atas yang sesuai digunakan? mohon cadangan tqAyat yang betul ialah "Seterusnya, Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti yang berikut:"Tatabahasa03.04.2015
Saya ingat bertanya mengenai tatabahasa. Boleh ke imbuhan di-an digunakan pada akhir ayat? cth: 1. aplikasi itu sedang dijalankan. 2. Benarkan item untuk dimuatkan.
Ayat yang betul ialah i. Aplikasi itu sedang dijalankan ii. Item untuk dimuatkan.
Lain-lain02.05.2018
123

Kembali ke atas