Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu kah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera,

saya ingin bertanya, apakah partikel "kah" itu harus selalu di tulis bersambung dengan perkataan Melayu atau kata nama khas sebelumnya.

Umpamanya untuk contoh-contoh berikut:

"Ya kah, apa dia kata begitu?"

"Si Lehakah yang datang?"

Atas penjelasannya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Salam hormat,

Ahmad Shah

Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261.
Tatabahasa17.04.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "What is Skim Rumah Pertamaku?" Adakah (a) "Apakah Skim Rumah Pertamaku?"; (b) "Apa kah Skim Rumah Pertamaku?"; (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku?"; atau (d) "Apa kah itu Skim Rumah Pertamaku?" Untuk makluman Tuan, ayat tersebut akan digunakan dalam konteks senarai soalan lazim. Terima kasih.Jawapan yang paling sesuai ialah (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku?Lain-lain19.09.2019
Salam sejahtera, Dalam penggunaan kata tanya, apakah peranan tambahan 'kah' di hujung setiap kata tanya? Contohnya, "Bagaimana'kah' kamu melakukannya?" Adakah ayat tetap betul tatabahasanya jika 'kah' tidak diletakkan? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Kehadiaran  -kah, -tah dan -lah  penting sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat "Siapakah majikan kamu itu?"
Tatabahasa07.10.2015
HR Assistant , Purchasing Assistant itu boleh kah di translate sebagai pembantu HR, Pembantu pembelian ?HR Assistant = Pembantu Sumber Manusia
Purchasing Assistant = Pembantu Pembelian
Makna19.09.2018
1) Perlukah ada partikel 'kah' di belakang setiap kata tanya yang berada di hadapan ayat? Jikalau kata tanya itu berada di tengah-tengah atau belakang. bagaimanakah pula? 2) Adakah 'oh' itu kata seru dan perlukah meletakkan tanda seru di setiap belakang ayat yang mengandungi kata seru? 3) Bolehkah meletakkan partikel 'kah' di belakang perkataan yang bukan kata tanya? Misalnya, bolehkah, perlukah dan sebagainya.1. Partikel -kah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh ayat berikut: Adakah awak sudah makan?

2. Oh bukannya kata seru, akan tetapi merupakan kata untuk menyatakan rasa terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain).

3. Untuk soalan nombor 3, boleh rujuk jawapan nombor 1.
Tatabahasa27.10.2015
1-Boleh atau tidak mengunakan partikel -kah dipertengahan ayat ? Meja siapakah itu? Buku siapakah ini? 2-Warna jingga boleh dijelaskan sebagai warna oren atau perlu dijelaskan sebagai kuning kemerah-merahan.1. Partikel -kah boleh digunakan  di pertengahan ayat. Sila rujuk halaman 447, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Tatabahasa12.10.2016
Tukarkan ayat tanya biasa kepada ayat tanya songsang. 1. Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam? 2. Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? 3. Cawangan bank tersebut ada di Kuala Terengganu? ~(a)Adakah partikel-'kah' diperlukan? (b)Adakah kita boleh menukarkan ayat tanya tanpa ~'kah'? ~(c)sila berikan jawapan yang lengkap untuk kami (guru-guru bahasa Malaysia dari Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka) membuat rujukan dan perbincangan selanjutnya, terima kasihAyat Tanya tanpa kata tanya, boleh disertai partikel tanya -kah, atau sebaliknya; dan partikel -kah diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Contohnya:
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam?
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalamkah?
Ayat tanya dengan kata tanya hadir dalam predikat ayat, seperti Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? Ayat ini perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan, seperti Bilakah Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan?
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 441 - 448.
Tatabahasa19.02.2016
ayat tanya yang meliputi partikel -kah dan -lah..apa fungsinya.. terima kasih

Partikel lah  digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Contohnya, Makanlah kuih itu. Partikel kah pula merupakan penegas untuk mementingkan predikat dalam ayat tanya. Contohnya, Bukankah hari ini hari ulang tahunnya?

Tatabahasa31.03.2010
Bolehkah partikel -kah hadir di belakang dan tengah-tengah ayat? Misalnya:- - Awak sudah makankah? - Berapa orangkah yang ke sekolah semalam?Dalam bahasa Melayu lisan partikel-kah biasanya diletakkan pada hujung ayat seperti dalam contoh yang berikut: Awak sudah makankah?, Dia ke sekolahkah? Apabila ayat mengalami proses pendepanan, boleh menghasilkan ayat berikut: Berapakah harga barang itu? atau Berapa orangkah yang ke sekolah semalam?Tatabahasa08.11.2015
salam.... saya berminat untuk menghantar manuskrip pertama saya ... sebelum itu terlebih dahulu saya ingin mengetahui berapa lama kah proses masa yang diambil dari tarikh penerimaan manuskrip sehingga ke penerbitan ... saya ada layari laman web dbp dan melihat ada manuskrip yang sudah lebih setahun dihantar tapi masih lagi didalam status pembinaan . .... soalan kedua ... berapakah purata bayaran royalti yang dikeluarkan olh pihak dbp kepada penulis dan bagaimana dan bila kah bayaran tersebut dikeluarkan ... terimakasih dan saya berharap soalan soalan ini tidak menyinggung pihak dbp ..

Saudara,

             (i) Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima.  

              (ii) Bayaran royalti kepada penulis akan diberi sebanyak 12% untuk buku umum. Bayaran 50% akan dibuat sebaik sahaja buku terbit dan dicetak sepenuhnya mengikut jumlah cetakan yang diluluskan. Selebihnya 50% lagi akan dibayar berdasarkan jualan.   

 

Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. Terima kasih.  

Lain-lain27.08.2010
12345

Kembali ke atas