1)apakah maksud pendatang tanpa izin mengikut kamus dewan? 2)apakah statistik terkini tentang pendatang tanpa izin? 3)apakah punca pendatand tanpa izin ini hadir ke malaysia dan bagaimanakah cara mereka masuk ke dalam negara kita? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pendatang tanpa izin ialah orang asing yang memasuki sesebuah negara lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negara tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tentang statistik, punca dan bagaimana cara mereka masuk ke negara kita, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber kerana skop perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertanyaan sedemikian. Saudara juga digalakkan membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut. | Makna | 22.07.2009 |
Assalamualaikum.. izin saya bertanya apakah maksud prasarana: kemudahan asas? Saya telah menerima tema ini sebagai tajuk dalam kerja kursus stpm tahun ini. Adakah contoh prasarana: kemudahan asas di sekolah seperti telefon awam,bilik darjah dan surau? Adakah prasarana ini hanya dikaitkan jalan raya kemudahan elektrik, dan pengangkutan? | Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan, atau disebut juga infrastruktur. | Tatabahasa | 18.12.2015 |
Salam. Mohon jelaskan latar belakang penggunaan ungkapan "dengan izin" di Parlimen apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris. | Ungkapan dengan izin digunakan di Parlimen sebagai cara yang santun apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris. Ungkapan ini merupakan padanan bagi ungkapan bahasa Inggeris with permission. | Makna | 06.01.2009 |
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang wujud di negara kita. | Ayat yang betul ialah "Pihak berkuasa telah Berjaya mengesan tempat persembunyian pendatang tanpa izin di negara kita". | Tatabahasa | 08.02.2015 |
Ingin bertanya yang mana betul: 1. Kata-kata aluan 2. Kat Alu-aluan Adakah betul ayat: 1. Dengan izin-Nya jua 2. Dengan izinNya Terima kasih | 1. Kata alu-aluan 2. Dengan izin-Nya (Nya merujuk kepada Allah) | Tatabahasa | 18.10.2011 |
Salam sejahtera, Adakah perkataan mangkir dapat digunakan bagi menggantikan perkataan tidak hadir di dalam urusan surat rasmi seperti Minit Mesyuarat? Sebagai contoh "Tidak hadir dengan izin" digantikan dengan "Mangkir dengan izin" . Terima kasih. | Salam sejahtera, Perkataan mangkir merupakan bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan rasmi. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 29.01.2020 |
assalam,boleh jelaskan langkah-langkah atau proses yang perlu saya hadapi setelah saya selesai menterjemahkan sesebuah kitab (Bahasa Arab kepada Bahasa Malaysia)? | Sebelum proses menterjemah dilakukan, terlebih dahulu hendaklah mendapatkan izin daripada penerbit asal. Setelah diberi izin, barulah kerja menterjemah dimulakan. Penerbit asal akan mengenakan syarat tertentu beserta kadar bayarannya. | Lain-lain | 05.12.2006 |
assalamualaikum sy ingin mintak izin untuk menterjemahkan buku Biografi Sayiid Qutb ke bahasa Thai..izinkah atau tidak... | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.11.2015 |
Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan? | Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak. | Ejaan | 02.07.2015 |
Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan? | Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak. | Istilah | 01.07.2015 |