Farah Raina Jaafar Iklan papan tanda di KL "1BULAN AKSES TANPA HAD PERCUMA!" 13:34 Farah Raina Jaafar Farah Raina Assalammualaikum, kalu mcm ni, apa tindakan yg perlu di lakukan? Antara saya dah tidak tahu bahasa malaysia atau bahasa yg di gunakan tidak betul? | Puan boleh mengemukakan aduan ini dengan mengambil gambar dan menghantarnya kepada Encik Mulia Nasution melalui e-mel mulia@dbp.gov.my atau memberi maklumat terperinci melalui talian 03-21479114. Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Saya ingin bertanya tentang beberapa perkara: 1. Penggunaan 'almarhum' yang tepat Contoh: Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman atau al-marhum Tuanku Jaafar ibni al-marhum Tuanku Abdul Rahman 2. Penggunaan koma atau "spacing" untuk nombor Contoh: 2 000 atau 2,000 dan adakah ia sama sama ada untuk penggunaan harga atau jumlah orang? 3. penggunaan huruf besar untuk kata hubung Contoh: Senarai Negeri Yang Pernah menjadi Tuan Rumah Untuk Sukan Malaysia atau Senarai Negeri yang Pernah menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia? Adakah penggunaan yang perta(huruf besar untuk awalan kata hubung dibenarkan di dalam penulisan?) Sekian sahaja soalan saya untuk kali ini. Terima kasih. | 1. Ejaan yang betul ialah "Almarhum" 2. Kedua-duanya dibenarkan. 3. Awalan kata sendi nama hendaklah ditulis dengan huruf kecil, contohnya Senarai Negeri yang Pernah Menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia. | Tatabahasa | 15.11.2011 |
makna panjar | Encik Jaafar, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan panjar bermaksud cengkeram, wang muka (pendahuluan). | Makna | 09.07.2009 |
Pihak kami memerlukan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi bahasa dan ejaan yang digunakan pada papan iklan kami. Dari: Jordan Lee & Jaafar Sdn Bhd | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukan Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 26.12.2014 |
Pihak kami memerlukan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi bahasa dan ejaan yang digunakan pada papan iklan kami. Dari: Jordan Lee & Jaafar Sdn Bhd | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 26.12.2014 |
Nik AmalView Profile TUES 19:55 Nik Amal Nik Assalam , maaf ganggu . Nak tanya .. buku ini masih ada stok ? Psikologi kanak kanak & remaja Jas laile suzana jaafar | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih | Lain-lain | 22.11.2016 |
Khaireen Abu Bakar Mar 19th, 3:48pm Salam admin..mohon pencerahan di mana di.Johor Bahru boleh kami dapatkan buku Rupa Dan Jiwa..pengarang Syed Jamal Jaafar Sekian..terima kasih | Assalamualaikum. Untuk makluman, tuan boleh menghubungi pejabat DBP Wilayah Selatan sama ada dengan datang sendiri ke pejabatnya di No. 1& 2, Jalan Susur Dato' Muhd. Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor, ataupun melalui telefon, 07-2365588. Mohon bercakap dengan pegawainya bagi membantu mendapatkan buku yang berkenaan. | Lain-lain | 19.03.2015 |
Bolehkah anda menghantar karangan fakta bertaraf SPM yang bertajuk "Langkah-Langkah Mencegah Jenayah Sosial dalam kalangan remaja"? | Adik dinasihatkan agar membaca majalah Dewan Siswa seperti yang berikut: | Lain-lain | 30.09.2008 |
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak? | Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee) | Lain-lain | 12.11.2007 |
Assalamualaikum wrht..wbrkth Saya inginkan maklumat: 1.Tentang unsur alam dalam peribahasa melayu. 2. Peranan alam dalam peribahasa melayu masyarakat dahulu. Terima kasih | Sila rujuk bahan ini : 1. Flora Sebagai Analogi dalam Peribahasa Melayu dan Cina oleh Tan Lai Chan Pelita Bahasa 01/11/2000 2. Fungsi leksikal "bunga" dalam simpulan bahasa dan peribahasa bahasa Melayu oleh Salinah Jaafar Jurnal Bahasa 01/12/2005 3. Pengajaran di sebalik peribahasa Melayu oleh Norliza Meor Mohd. Zin Dewan Siswa 01/12/1987 4. Peribahasa dalam pantun pemikiran Melayu klasik yang kemas dan indah oleh Aripin Said Pelita Bahasa 01/10/1992 | Lain-lain | 29.10.2007 |